BM | EN | 中文

Paragon Globe labur RM52.9 juta dalam Builtech Acres

paragon-1-01-scaled.jpg

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Paragon Globe Berhad (Paragon Globe) telah mengumumkan pelaburannya dalam Builtech Acres Sdn Bhd (Builtech Acres), baru-baru ini.

Paragon Globe memeterai langganan saham bersyarat dengan Builtech Acres untuk melanggan 52.9 juta saham biasa baharu dalam Builtech Acres untuk pertimbangan RM52.9 juta tunai (Cadangan Langganan).

Ini adalah bagi membuka laluan untuk Paragon Globe untuk muncul dengan pegangan saham 99.06 peratus di Builtech Acres.

Builtech Acres kini dimiliki 100 peratus oleh Pengarah Urusan Kumpulan Paragon Globe Datuk Sri Edwin Tan Pei Seng yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Joland.

Oleh itu, urus niaga ini adalah transaksi pihak berkaitan dan akan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dalam mesyuarat agung yang akan diadakan.

Terdahulu, Builtech Acres telah meterai persetujuan bersama Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate Healthcare) dan Sepang Medicity Sdn Bhd pada 7 November lalu.

Ia adalah untuk membina dan mengoperasikan sebuah hospital swasta merangkumi 121 katil dimana pendapatan kasar projek selama 15 tahun itu adalah RM 199.65 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Paragon Globe Gary Goh Soo Liang berkata, pihaknya teruja untuk menerima peluang pelaburan tersebut, kerana ia akan memberikan peluang kepada syarikat itu.

“Ini akan memberikan Paragon Globe untuk mempunyai perkongsian masa panjang bersama Selgate Healthcare, sebuah cabang penjagaan kesihatan Selgate Corporation dan satu syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, perjanjian tersebut adalah penting bagi Paragon Globe kerana ia merupakan langkah pertama pihaknya untuk membina keupayaan dalam industri penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.

Dalam pada itu, Edwin memberitahu, Builtech Acres mempunyai pilihan untuk menggabungkan pihak luar untuk membina Hospital Selgate Sepang, beliau berasa gembira apabila Paragon Globe dipilih untuk pelaburan yang saling menguntungkan itu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top