BM | EN | 中文

Papan tanda zon kemalangan perlu dipasang di simpang Kg Kolam Air – Adun Mengkibol

Papan-tanda-zon-kemalangan-perlu-dipasang-di-simpang-Kg-Kolam-Air-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 23 SEPT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin memohon agar Jabatan Kerja Raya (JKR) Kluang membuat pemasangan papan tanda zon kemalangan dan lampu amaran di persimpangan Kampung Kolam Air demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Chong Sin dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat Adun Mengkibol telah menulis surat permohonan kepada JKR Kluang pada 17 Sept. 2021.

“Banyak kemalangan jalan raya telah berlaku di persimpangan tersebut.

Advertisement

“Pada tahun lepas, seorang kanak-kanak kampung meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa pergi ke sekolah,” kata Chong Sin.

Dalam kenyataan sama beliau turut mengepilkan surat permohonan pemasangan papan tanda zon kemalangan dan lampu amaran kepada Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berserta gambar-gambar beberapa insiden kemalangan, termasuk kemalangan maut.

Terdahulu, Chong Sin bersama anggota Pasukan Skim Rondaan Sukarelawan KRT Kg Kolam Air meninjau lalu lintas di simpang tersebut petang semalan selepas mengagihkan Bakul Makanan Prihatin Mengkibol kepada 60 keluarga yang memerlukan di Kg. Kolam Air.

Advertisement

“Selepas tinjauan, kami berpendapat bahawa kenderaan dari arah Pusat Perniagaan Tasik harus dibenarkan membelok ke kiri sahaja dan belokan ke kanan harus ditutup.

“Sebagai alternatif, kenderaan dari Pusat Perniagaan Tasik boleh keluar dari simpang sebelah Rail Café. Ini akan dapat meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di Kawasan tersebut,” tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top