BM | EN | 中文

Pantai Air Papan kembali meriah dengan pengunjung

air-papan-mersing.png
Advertisement

MERSING, 11 OKT: Pantai Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer clan bandar Mersing kembali meriah dengan kehadiran pengunjung beriadah, selepas sekian lama sepi akibat pandemik COVID-19.

Selain seronok dapat mandi-manda di pantai, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan.

Salah seorang pengunjung Rosazizad Idris, 54, berkata dia dan keluarganya memilih bercuti di pantai itu kerana lokasinya yang dekat dengan pelbagai kemudahan termasuk chalet, gerai makan dan tempat menjual cenderamata.

Advertisement

“Saya mencadangkan agar diletakkan pondok PBT (pihak berkuasa tempatan) di pintu masuk pantai yang menyediakan kemudahan imbasan suhu dan pendaftaran MySejahtera, untuk tujuan pemantauan sekali gus mengelak penularan COVID-19; katanya ketika ditemui.

Rosazizad yang tinggal di Segamat berkata ini juga bagi memastikan keadaan di kawasan pantai itu lebih terkawal, selain inisiatif daripada pengunjung sendiri untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, seperti pernakaian pelitup muka dan penjagaan jarak.

Seorang lag pengunjung Nur Shahida Syahira Muhd Syahnl, 17, dari Simpang Renggam berkata pantai Air Papan sering menjadi pilihannya sekeluarga ketika bercuti, kerana kawasannya redup dan berpokok selain jarak yang tidak terlalu jauh, kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumahnya.

Advertisement

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata mereka menyewa di chalet berhampiran dan melakukan pelbagai aktiviti seperti BBQ, memancing serta mandi-manda di pantai, di samping membeli ole-ole wajib iaitu keropok lekor.

“Dah lebih setahun tak datang sini, rasa teruja dan gembira sangat setelah beberapa bulan terkurung.

“Kunjungan ke pantai ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah) dengan menghirup udara segar,” katanya yang sudah menerima satu dos vaksin COVID-19.

Advertisement

Dia berkata mereka sekeluarga mengamalkan SOP yang ketat dengan memakai pelitup muka apabila keluar dan hanya berkumpul bersama keluarga serta mengelak tempat tumpuan ramai.

Sementara itu, seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 44, berkata dia kini mampu menank nafas lega apabila perniagaan kembali rancak selepas Johor beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 24 Sept lepas.

“Alhamdulillah, rasa lega sedikit apabila dah masuk Fasa Dua memandangkan mereka yang lengkap vaksinasi boleh rentas daerah, walaupun keadaan tak macam dulu sekurang-kurangnya ada juga hasil (pendapatan).

Advertisement

“Kita berharap keadaan akan bertambah baik apabila rentas negeri dibenarkan tak lama lagi dan ekonomi kembali pulih,” katanya yang sudah tiga tahun berniaga di pantai itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top