BM | EN | 中文

Pandu Cermat, Sampai Selamat’ tema Tahun Baharu Cina

IMG-20200124-WA0028.jpg

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, kerajaan negeri telah melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalanraya dengan tema ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Solihan Badri berkata, kempen ini diharap mampu memberikan impak untuk memupuk sikap pemanduan berhemah.

“Sikap pemanduan berhemah ini penting ditekankan terutama untuk yang akan pulang bercuti panjang sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

“Hal ini kerana pada Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2019 yang lalu, sebanyak 20,829 kemalangan dicatatkan di seluruh negara.

“Bagi kemalangan maut, sebanyak 197 kes direkodkan pada tahun 2019 dan jumlah itu menurun 11 kes atau 5.3 peratus berbanding tahun 2018 yang merekodkan 208 kes,” katanya.

Kempen ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ ini merupakan inisiatif Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri (MKJR) Johor dalam usaha memupuk pemanduan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top