BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Wan Fayhsal, adakah ini yang Syed Naquib ajarkan?

Sheikh-Umar-Bagharib-Ali.jpg
Advertisement

Oleh: Sheikh Umar Bagharib Ali

Saya mengenali Wan Ahmad Fayhsal sejak zaman universiti. Saya di UM (Universiti Malaya), beliau di UTP (Universiti Teknologi Petronas) ketika itu. Dari segi usia, beliau junior saya dua tahun.

Ketika itu beliau menulis di blog sendiri Rausyanfikir. Sekitar tahun 2007. Blog Rausyanfikir masih boleh diakses pada waktu ini.

Advertisement

Wan Fayhsal yang dulu tidak sama dengan sekarang. Dulu beliau sering menulis dan mengupas mutiara ilmu apatah lagi dari ilmuwan ulung Prof Syed Naquib Al-Attas. Tentang makna, ilmu, pandang alam Islam, Islamisasi dan sebagainya.

Apabila Wan Fayhsal bersama dengan kumpulan yang membelakangi mandat rakyat selepas Langkah Shareton, saya lihat beliau rosak.

Bila rakaman video beliau viral tentang bagaimana beliau akan menggunakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri untuk kepentingan politik, bagi saya beliau telah meletakkan maruahnya ‘di bawah tapak kaki’. Dimana slogan ‘Bersatu, Beramanah dan Bermaruah’?

Advertisement

Apakah ini yang beliau faham daripada perjalanan ilmu beliau sejak lebih 10 tahun lalu? Adakah ini yang Syed Naquib (Al-Attas) ajarkan?

Sheikh Umar Bagharib Ali merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, merangkap Ketua DAPSY Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top