BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Ulangtahun ke-47 kebangkitan pelajar Malaysia 3 Disember 1974

demonstrasi-baling.jpg
Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Pada pagi 3 Disember 1974, empat puluh tujuh tahun yang lalu, beribu-ribu orang pelajar universiti dari seluruh negara telah berhimpun di ibukota Kuala Lumpur untuk menzahirkan sokongan kepada perjuangan petani-petani miskin di Baling, Kedah yang terhimpit dalam kemiskinan akibat kejatuhan harga getah.

Dalam tempoh hampir setengah abad itu, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pergerakan anak-anak muda di Malaysia yang dipelopori oleh para pelajar universiti.

Advertisement

Antara yang nyata ialah mulai 15 Disember tahun 2021 ini, anak-anak muda Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas secara otomatik sudah boleh mengundi di dalam pilihanraya dan juga boleh bertanding sebagai calon ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri.

Peranan anak-anak muda sangat terserlah semasa tempoh hampir dua tahun negara mengharungi Pandemik Covid-19 di mana berlaku tiga kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika sebahagian rakyat miskin dari golongan B40 keputusan makanan di ambang kebuluran, anak-anak muda muncul dengan inisiatif, “Kibarkan Bendera Putih” di seluruh negara.

Begitu juga untuk menarik perhatian akan suasana cemas tentang kegagalan kerajaan menangani jumlah kematian angkara Covid-19 yang meningkat setiap hari, maka anak-anak muda tanpa rasa takut ditangkap atau dipenjara telah turun ke jalan-jalanraya mengisytiharkan gerakan “Kibarkan bendera hitam” di seluruh negara.

Advertisement

Perjuangan para pelajar universiti dan anak-anak muda Malaysia tidak pernah berhenti. Mereka sentiasa dapat mengesan denyut nadi kehidupan rakyat jelata. Kini anak-anak muda dan para pelajar universiti tampil sekali lagi ke hadapan menyuarakan keresahan dan kebimbangan rakyat yang sedang menghadapi krisis harga barangan makanan seperti ayam, telor, sayur-sayuran dan roti naik melambung tinggi.

Apa yang berlaku 47 tahun lalu yang digerakkan oleh anak-anak muda di kampus-kampus universiti bukanlah satu perkara terpencil yang tidak meninggalkan kesan atau legasi. Sejarah perjuangan adil dan berani para mahasiswa universiti hampir setengah abad yang lalu, berlanjutan hingga ke hari ini.

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top