BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Tabika elit: Timbalan menteri syok sendiri, tak jiwai naluri rakyat

tabika-Kemas-elit.jpg
Advertisement

Oleh: Omar Mokhtar

Dahulu pengasingan kaum dibuat dengan mewujudkan sekolah vernakular, pendidikan menjadi “kenderaan” yang diperalatkan.

Kini Timbalan Menteri pula cadang nak wujudkan “Tabika elit” dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pengasingan mengikut pendapatan ibu bapa. Sekali lagi pendidikan diperalatkan.

Advertisement

Semuanya memangsakan pendidikan.

Antara justifikasi Timbalan Menteri adalah:

“Kita tidak paksa ibu bapa menghantar anak mereka ke tabika elit ini kerana 10,900 tabika biasa masih beroperasi. Tetapi Tabika elit menyediakan kurikulum yang lebih baik berbanding yang biasa.”

Advertisement

Adakah ini bermakna anak orang miskin tak layak dapat pendidikan berkualiti dari kerajaan di Tabika? Ini baru peringkat pra-sekolah, tidak wajar justifikasi ini diguna pakai.

Sepatutnya kerajaan memikirkan kaedah untuk memastikan seramai mungkin kanak-kanak mendapat pendidikan berkualiti dari pra-sekolah lagi.

Jika Tabika swasta, tidak ada masalah. Memang sudah wujud banyak dengan yuran yang kita sedia maklum agak tinggi, itu tidak dipertikaikan. Tetapi Tabika yang dicadangkan ini ingin diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Advertisement

Ini Timbalan Menteri syok sendiri, tidak langsung tahu sentimen masyarakat terbanyak yang inginkan kualiti pendidikan yang terbaik kepada anak-anak, yang masih terpaksa bergelut dengan kos sara hidup membebankan terutama semasa wabak Covid-19 melanda.

Mendukacitakan apabila pendidikan yang sepatutnya menjadi medan perpaduan, menyemarakkan semangat muhibah, memberi ruang kepada anak-anak kecil berasimilasi merentas kaum, agama, taraf hidup, budaya dan pelbagai lagi agar mereka dapat lebih memahami antara satu sama lain serta faham asas kehidupan majmuk, tetapi akhirnya menjadi virus yang boleh melebarkan jurang perpaduan dalam masyarakat.

Cadangan Timbalan Menteri menunjukkan beliau tidak menjiwai naluri rakyat terbanyak.

Advertisement

Cadangan ini wajib ditolak.

Omar Mokhtar merupakan Ketua Penerangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top