BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Skandal MARA: Pemberi rasuah didakwa, penerima rasuah terlepas? – MP Johor Bahru

akmal-nasir-parlimen-johor-bahru.jpg

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (Gambar Ehsan TMI)

Advertisement

Oleh: Akmal Nasir

Saya menyambut baik mengenai laporan yang mengatakan bahawa Polis Persekutuan Australia telah mendakwa Teen Boon Lye, atas tuduhan merasuah pegawai Malaysia dan 4 tuduhan memalsukan akaun berkaitan pembelian hartanah Dudley International House oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2013.

Skandal ini telah didedahkan di Parlimen pada tahun 2015 oleh saudara Rafizi Ramli yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pandan, mengenai bagaimana MARA telah membuat pembelian beberapa hartanah dengan membuat pembayaran jauh lebih mahal melangkaui harga sebenar.

Advertisement

Bagi merumuskan pembelian tersebut adalah seperti berikut:-

Dudley International House

Berdasarkan perjanjian asal, hartanah tersebut patut dijual pada AUD17.85 juta iaitu sekitar RM60.06 juta ketika itu, namun telah dinaikkan harga kepada AUD22.6 juta iaitu RM 76.04 juta

Advertisement

Pertuduhan Mahkamah di Australia menunjukkan AUD4.75 juta iaitu RM15.98 juta telah dibayar kepada individu warganegara Malaysia.

746 Swanston Street

Hartanah ini dijual pada harga AUD$23.5 juta iaitu RM79.07 juta seperti rekod di Australia tetapi jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta (bersamaan RM140.64 juta).

Advertisement

Terdapat ketirisan sebanyak AUD$ 18.3 juta atau RM61.57 juta yang perlu dijawab.

333 Exhibition Street

MARA Inc telah membeli hartanah ini pada harga AUD$31 juta iaitu RM104.3 juta sedangkan beberapa bulan sebelum itu syarikat yang menjadi orang tengah telah membeli Hartanah tersebut pada harga AUD$22 juta atau RM74.02 juta.

Advertisement

Ini menimbulkan persoalan siapakah yang telah mendapat manfaat sebanyak AUD$9 juta atau RM30.28 juta.

51st Queen Street

Ketika itu MARA Inc telah membeli hartanah melalui kaedah pembelian saham dengan sejumlah AUD$22 juta atau RM74 juta sedangkan Hartanah tersebut diperoleh beberapa bulan sebelum itu pada harga AUD$16.65 juta.

Advertisement

Ini menyebabkan hartanah tersebut telah dibayar lebih mahal sebanyak AUD$5.35 juta atau RM 18 juta.

Selain siri pendedahan tersebut, saya juga telah membuat laporan polis atas kapasiti National Oversight and Whistleblowers mengenai isu pembelian hartanah di Melbourne oleh MARA Inc pada Februari 2016.

Ketegasan pihak Australia yang mendakwa perasuah menimbulkan persoalan mengenai bagaimana pula dengan mereka iaitu yang disebut sebagai pegawai Malaysia yang menerima habuan tersebut?

Advertisement

Bagaimana pula dengan RM129 juta yang ‘terlebih bayar’?

Sekiranya pendedahan semalam (kelmarin) bagaimana Kementerian dan GLC seperti MARA dipergunakan untuk menaja makan tengah Menteri-Menteri dan Ahli- Ahli Parlimen Perikatan Nasional setiap hari sepanjang persidangan Parlimen adalah benar, ini menimbulkan persoalan mengenai akauntabiliti dan ketelusan dalam menguruskan wang rakyat.

Sepatutnya, Menteri yang berkenaan dan Pengerusi MARA menumpukan kepada usaha membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan serta mendapatkan kembali ratusan juta ringgit duit MARA.

Advertisement

6 Ogos 2020
Akmal Nasir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru, merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top