BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Siapa gila kuasa?

Siapa-gila-kuasa-Oleh-Faezuddin-Puad.jpg
Advertisement

Oleh: Faezuddin Puad

Segerombolan politikus berkumpul di hotel Sheraton merancang dan melakukan rampasan kuasa daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PH) pada hujung Februari tahun lalu. Mereka menganggap tidak gila kuasa, cuma selamatkan negara daripada DAP.

Satu demi satu kerajaan negeri yang diterajui PH seperti Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Perak ditumbangkan Perikatan Nasional. Kononnya tukar kerajaan saja, tak gila kuasa.

Advertisement

Pemimpin politik yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sekali lagi, buat kali ketiga. Dia minta enam bulan saja, ini tak gila kuasa?

Seorang PM yang telah hilang majoriti dalam Parlimen pula langsung tiada hasrat meletakkan jawatan sebaliknya sanggup lakukan apa sahaja untuk pertahankan kerajaan sedia ada walaupun dengan cara yang cukup kotor. Tidak mengapa sebab dia pandai baca doa, tidak gila kuasa.

Namun apabila Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim utus surat kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong pohon ditamatkan darurat lebih awal dengan disertakan alasan-alasan yang rasional, Anwar dianggap gila kuasa! Padahal sememangnya darurat boleh ditamatkan lebih awal sebelum 1 Ogos sepertimana diberitahu oleh Bapa Perutusan Khas (BAPAK).

Advertisement

Sekiranya orang lain ada cita-cita hendak menjadi PM, itu bukan satu masalah asalkan bukan Anwar. Kalau Anwar maka automatik dicop gila kuasa. Yang rampas kuasa daripada orang lain tidak gila kuasa. Anwar mahu kembalikan mandat rakyat, tidak dibenar sama sekali.

Silap hari bulan, kes Covid-19 meningkat Anwar juga dipersalahkan, kerajaan pohon darurat salah Anwar, lambat dapat vaksin salah Anwar, pelabur lari salah Anwar, semua yang berlaku salah Anwar?

Sungguh hebat seorang insan bernama Anwar Ibrahim. PM yang gagal mentadbir negara tetapi yang dituduh gila kuasa dan salah adalah Anwar. Simpati saya buat beliau.

Advertisement

Jangan khuatir, Insya Allah, Allah akan bersama dengan orang yang benar. Moga terus diberikan kekuatan buat Saudara Anwar Ibrahim untuk terus berjuang demi rakyat Malaysia.

Faezuddin Puad merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top