BM | EN | 中文

[PANDANGAN] SD ragu perlu ditolak

Hassan-Karim.jpeg

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (Gambar Ehsan Malaysiakini)

Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Surat Akuan Berkanun (Statutory Declaration) yang secara ringkas sering disebut SD adalah suatu dokumen yang diiktiraf di bawah undang-undang menerusi Akta Akuan Berkanun 1960.

Perakuan di dalam SD tersebut tidak boleh dibuat secara palsu atau dibuat di bawah tekanan, paksaan, pujukan, rayuan atau sebarang balasan.Orang yang mengikrarkan pernyataan bohong atau palsu di dalam SD adalah melakukan kesalahan jenayah seperti kesalahan membuat laporan polis palsu.

Advertisement

Di dalam dekri yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong meminta semua 220 orang ahli Dewan Rakyat menghantar SD mereka kepada Tuanku Agong untuk menyatakan siapakah pilihan mereka secara individu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 telah mengenakan beberapa syarat.

Antara syarat yang terpenting ialah seseorang ahli Dewan Rakyat itu mesti dengan jelas menyatakan satu nama sahaja calon Perdana Menteri yang disokong.

Calon Perdana Menteri itu mesti seorang sahaja, tidak boleh lebih dan identiti calon Perdana Menteri itu mesti dinyatakan dengan jelas, tidak kabur.

Advertisement

Di dalam pernyataan SD itu yang perlu diikrarkan dan ditandatangani secara peribadi di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah, lazimnya perlu dinyatakan bahawa segala pernyataan di dalam SD itu dibuat secara “sesungguhnya dan sebenarnya”, suatu kalimat atau frasa yang membawa makna tidak ada sebarang bentuk tekanan, paksaan ataupun pujukan dalam mengikrarkan SD tersebut.

Sekiranya ada mana-mana SD gagal menyatakan dengan jelas siapakah calon Perdana Menteri yang disokong atau ada sebarang bentuk tekanan, paksaan ataupun pujukan maka perakuan SD tersebut bersifat ragu dan terbatal. SD sedemikian rupa perlu ditolak.

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top