BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Persoalan buat parti MUDA

muda.png
Advertisement

Oleh: Luthfi Yusri

Merenung kembali satu rapat umum di Restoran Amjal, Kuala Lumpur awal September lalu bersama wakil Parti Anak Muda. Sebuah lokasi yang sentimental bagi bekas aktivis mahasiswa Universiti Malaya dan pemain politik Malaysia sejak sekian lama.

Kalau tanya otai-otai reformis, pasti mereka ingat.

Advertisement

Pertemuan itu menghimpunkan aktivis dan bekas aktivis mahasiswa, baik yang partisan juga non-partisan. Saya juga dimaklumkan pertemuan ini merupakan satu medium untuk wakil ‘working committee’ Parti Anak Muda mendengar hasrat dan pandangan mahasiswa secara ‘bottom-up’.

Kehadiran saya adalah hanya untuk memerhati dan menimbang tara. Entah betul atau tidak usaha mereka ini. Sedangkan dalam hati terdapat sekelumit harapan bahawa mereka ini akan mengecapi kejayaan. Bukan menjadi boneka kepada politikus yang hanya tahu memikirkan survival politiknya sahaja. Ini juga satu kesangsian yang wajar untuk kita semua fikirkan.

Hati manusia, siapa yang tahu? Hanya Tuhan yang tahu. Siapa kita mahu menghakiminya?

Advertisement

Kehangatan semasa dialog dua hala hari itu tidak menyelesaikan masalah. Soalannya berulang dan pasti jawapannya juga berulang.

Cuma apa yang boleh dipuji dengan gerakan anak muda ini, mereka berani berkonfrontasi di depan kita semua. Ya, di depan kita semua. Semoga segala pandangan dan kritikan yang diberikan kawan-kawan aktivis tempoh hari diambil serius untuk memperbaiki masa hadapan.

Di akhir sesi, saya berfikir panjang ketika memandu kereta. Masih memikirkan nasib dan hala tuju parti ini hingga saat ini. Masih lagi mencari jawapan.

Advertisement

Syed Saddiq umum tubuh parti

Desas-desus yang mengatakan bahawa Parti Anak Muda ini akan ditubuhkan telah terjawab. Syed Saddiq bersama rakan-rakannya telah menghantar surat kepada ROS untuk menubuhkan parti.

Ciapan di Twitter semakin hangat dan lambakan tweet bertandapagarkan #MUDA dan #MUDAsudahMULA

Advertisement

Tiada apa pun yang harus kita takutkan, tetapi dengan tertubuhnya parti ini mengajar kita banyak perkara. Tidak dinafikan, penubuhan parti ini juga haruslah disajikan dengan kritikan yang konstruktif agar terus sentiasa terpandu jalannya.

Saya melihat dari satu perspektif bahawa usaha ini merupakan “wake up call” yang signifikan dalam memberi ruang kepada anak muda untuk memimpin, lebih bersuara, dan membudayakan budaya yang baharu.

Namun saya fikir usaha ini masih terlalu idealistik sekiranya ia menjadi sebuah parti berbanding hanya satu gerakan buat masa sekarang. Tetapi (juga) bila lagi? Ini juga persoalan yang perlu dijawab.

Advertisement

Soalnya sejauh mana parti ini menjadi garapan anak muda di Malaysia, khususnya buat pengundi-pengundi baru?

Apa fokus parti anak muda ini pada pilihanraya akan datang? Parti ini sukar untuk membentuk kerajaan dan pasti memerlukan rakan gabungan.

Jadi siapa pilihan mereka? Kalau bersendirian di kawasan parlimen, barangkali akan bersaing melawan PKR kerana “specs” partinya sama. Parti yang ramai pemimpin muda dan pelbagai bangsa. Bagaimana dengan kawasan parlimen yang lain? Pengundi luar bandar dan pinggir bandar, apa formulanya? Sabah dan Sarawak, apatah lagi.

Advertisement

Soalan yang paling penting; sewaktu PRU15 nanti, adakah parti ini akan kekal bersendirian atau perlu berunding dengan rakan gabungan sama ada PH atau PN?

Soal rakan gabungan barangkali ia merupakan perbahasan yang panjang lebar. Wajar untuk diambil berat.

Lanjutan soalan

Advertisement

Siapa muka depan parti yang akan mengemudi gerakan penuh bersejarah ini?

Apakah nilai teras yang parti ini akan jual kepada kita semua? Kalau sekadar mengatakan ‘multiracial party’, apa bezanya dengan PKR?

Apakah perancangan parti ini dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang?

Advertisement

Bagaimana parti ini menggerakkan akar umbinya di kawasan-kawasan luar bandar yang sukar untuk diakses? Kecuali kalau berlaku isu yang viral, baru tahu untuk turun ke kawasan.

Adakah parti ini akan menubuhkan sayapnya di setiap negeri? Bagaimana strukturnya?

Jika PRN seterusnya (PRN Johor) berlaku, apakah parti ini akan membuat kemunculan pertamanya?

Advertisement

Kita harus renungkan persoalan yang dibangkitkan dengan mendalam, sebagai satu medium untuk kita berpijak di bumi yang rata. Mungkin, banyak lagi soalan yang akan kita hadapi selepas ini.

Saya fikir soalan-soalan ini wajar untuk kita bincangkan secara kritikal dan akademik, baik di dalam parti atau di luar parti. Demi kesejahteraan idea yang baru dan pengembangan minda kita semua.

Pesan terakhir, kita harus hidupkan wacana di dalam setiap peringkat umur untuk meneraju arus politik baharu. Baik dalam soal ekonomi, sosial dan sebagainya.

Advertisement

Saya lebih cenderung meletakkan sejumlah kuota sebagai contoh menuju PRU15 nanti, 60 peratus calon yang bertanding mestilah anak muda dari setiap parti.

Juga menghapuskan sistem sayap pemuda dan sayap wanita untuk memastikan persaingan sihat dalam setiap parti dalam apa jua posisi semasa pemilihan parti.

Melihat kepada perspektif yang lain, kita seharusnya terus melontarkan kritikan melalu tulisan dan wacana seumpama ini dan menggiatkan usaha penyelidikan bagi memperkasa polisi anak muda di Malaysia dan sekitarnya.

Advertisement

Salam hormat, teruskan perjuangan #MUDA

Luthfi Yusri merupakan mantan Pengerusi Persatuan Belia Harmoni Universiti Malaya.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top