BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Peningkatan kes Covid-19 membimbangkan: Banyakkan lagi Bazar Ramadhan online

dr-zaliha-mustafa-1.jpg
Advertisement

Oleh: Dr. Zaliha Mustafa

Hari ini adalah hari ketiga umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Pada masa yang sama laporan peningkatan semula kes harian Covid-19 kebelakangan ini yang melebehi 1,800 kes kelmarin sangat meresahkan penduduk.

Adakah meningkatnya kes disebabkan oleh pembukaan Bazar Ramadhan di seluruh negara sempena Ramadhan ini? Tiada pula kenyataan yang mengesahkan keabsahan ini dari KKM mahupun MKN.

Advertisement

Apa yang pasti, virus Covid-19 memang telah berada dalam komuniti. Segala bentuk kehadiran orang ramai dalam sesuatu tempat apatah lagi di ruang yang terhad akan meningkatkan risiko rangkaian jangkitan apatah lagi di bazar Ramadhan yang dikunjungi oleh mereka yang dari pelbagai ceruk tempat dan kawasan.

Kita faham berniaga seperti itu boleh menambahkan pendapatan warga yang ekonomi keluarga sudah lama tertekan akibat pandemik. Usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat memang baik dan dialu-alukan, tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak mahu aktiviti sebegini melahirkan pulak kluster baru Covid-19 dan memungkinkan pula kemunculan gelombang ke-4.

Kerajaan Tempatan seharusnya meningkatkan pemantauan dengan memastikan petugas sentiasa ada di perkarangan bazar supaya SOP terus dipatuhi. Di samping itu, jumlah pengunjung di satu-satu tempat dan di satu-satu waktu perlu dilimitkan mengikut keluasan bazar Ramadhan tersebut.

Advertisement

Saya rasa risiko ini dapat dikurangkan jika semua bazar Ramadhan boleh menyediakan perkhidmatan bazar online. KPKT boleh memainkan peranan ini dan saya yakin mampu memudahkan urusan ini dengan penyediaan apps bazar contohnya.

Kos perkhidmatan penghantaran juga mungkin boleh dikurangkan atau ditampung sebahagian oleh kerajaan, agar peniaga tidak terbeban dengan kos itu dan pelanggan pula dapat menikmati juadah dan kemeriahan suasana Ramadhan dapat dikekalkan.

Dr. Zaliha Mustafa merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Pengarah Dasar, Strategi dan Latihan PKR

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top