BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Pengundi di Johor perlu mempunyai hala tuju masa hadapan yang jelas

johor.jpg

Oleh: Lim Kit Siang

Pengundi di Johor perlu mempunyai hala tuju masa hadapan yang jelas memandangkan mereka mungkin berhadapan dengan 280 ke 300 orang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam PRN Sabah pada September 2020, terdapat 447 orang calon yang bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah, dengan nisbah 6.1 calon per kerusi.

Dalam PRN Melaka pada bulan November 2021, 112 orang calon bertanding untuk 29 kerusi Dewan Undangan Negeri, nisbah empat orang calon per kerusi.

Manakala dalam PRN Sarawak pada bulan Disember 2021, 349 calon bertanding untuk 82 kerusi atau nisbah 4.3 calon kepada satu kerusi.

Malaysia berada dalam keadaan politik yang paling huru-hara dan bercelaru, dan ramai beranggapan inilah masanya untuk mereka meluangkan masa untuk mereka bertindak dan askar-askar nasib percaya mereka mempunyai peluang untuk meraih emas.

Pada pilihan raya umum Sabah, seramai 275 daripada 447 calon atau 61.5 peratus yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus daripada jumlah undi yang dikira.

Pada pilihan raya umum Melaka, seramai 33 daripada 112 calon atau 29.5% daripada calon dalam pilihan raya negeri Melaka kehilangan wang deposit termasuk kesemua 22 calon bebas.

Di Sarawak, sebanyak 169 daripada 349 calon atau 47.1% daripada calon dalam pilihan raya umum negeri Sarawak kehilangan wang deposit.

Banyak parti politik telah ditubuhkan atau diperluaskan baru-baru ini tetapi berapa banyak yang terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai kepercayaan dan idea, yang bersedia untuk meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi sendiri.

Hanya masa yang akan menunjukkannya, tetapi saya percaya yang “katak politik” dan “pemburu politik” tidak tergolong dalam kalangan mereka yang bersedia untuk meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi dan tidak tergolong dalam mereka yang mempunyai prinsip dan visi untuk negara.

Usaha maksima diperlukan untuk mengurangkan jumlah calon dalam PRN Johor ini supaya senarai yang diberikan kepada para pengundi di Johor ini jelas. Tidak ada gunanya untuk parti-parti politik mencalonkan terlalu ramai calon dan kemudiannya kehilangan deposit atau mencalonkan tujuh puluh calon dengan 90 peratus calon kehilangan deposit.

UMNO nampaknya amat yakin bahawa ia akan menang besar dalam pilihan raya negeri Johor, malah mungkin menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri – tetapi itulah juga jangkaan bekas Perdana Menteri UMNO Najib Razak yang Barisan Nasional akan menang sehinggalah malam pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei 2018 di mana Barisan Nasional akhirnya dikalahkan.

Jelas sekali bahawa “Kluster Mahkamah” UMNO mahukan pilihan raya umum negeri Johor menjadi latihan awal Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin diadakan pada separuh pertama tahun 2022, tetapi adakah rakyat Malaysia akan menyaksikan kedatangan semula golongan kleptokrat ke tampuk kuasa dan penjenayah yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11.

Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top