Oleh: Firdaus Zainal
Sebelum ini dikatakan golongan yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti Covid-19 ialah kanak-kanak dan warga emas.
Kita angguk dan percaya. Kita merujuk pada mereka yang ahli dan pakar. Akan tetapi setelah pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia dibuat, maka suatu perbandingan tidak lojik muncul.
Alasan sidang parlimen digantung kerana pandemik tidak lagi munasabah. Perbandingannya ialah SOP di Parlimen lebih ketat prosedurnya berbanding di sekolah.
Manakan tidak. Setiap ahli parlimen akan menjalani swab test menurut ketetapan Yang Dipertua Dewan Rakyat berbanding murid di sekolah yang hanya menjalani pemeriksaan suhu dan daftar nama setiap hari.
Sepuluh hari lagi sekolah bakal dibuka. Adakah amaran bahaya kesihatan kanak-kanak susulan pandemik yang dihadam dari KKM sebelum ini hanya suatu momokan palsu demi pengekalan kuasa?
Adakah virus bijak memilih untuk membiak ditempat syumulnya demokrasi atau “virus 109” menular sehingga pemerintah gerun jika parlimen dibuka semula?
Saja nak ingatkan. Ini negara demokrasi berperlembagaan. Takkan murid sekolah lebih berani?
Firdaus Zainal adalah Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Johor
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini