BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Pasca PRN Melaka: Hormati sesama rakan komponen PH

PH-Pakatan-Harapan-PH.jpeg
Advertisement

Oleh : Murad Jailani

Beberapa hari lepas, seorang ADUN daripada DAP telah menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tanggungjawab dengan berundur daripada menjadi Ketua Pembangkang akibat kekalahan dan kegagalan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Negeri Melaka.

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Gudang melihat pandangan ADUN Bilut ini sekadar mencari publisiti populis sahaja. Ini kerana saya percaya pandangan yang dilontarkan oleh Adun Bilut ini tidak mencerminkan pandangan rakan-rakannya yang lain dalam DAP.
Saya percaya rakan-rakan dalam DAP juga tidak bersetuju kekalahan di PRN Melaka hanya terletak di atas bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sahaja.

Advertisement

Sukakah jika ada pihak yang meminta agar mereka yang menduduki kerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan melepaskan jawatan akibat daripada keputusan yang dibuat mereka. Kita semua tahu keputusan yang telah di buat dan diputuskan adalah secara bersama dalam Mesyuarat Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Saya tak ingin mengulas mengenai keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk PRN Melaka yang lepas, cuma saya ingin jelaskan bahawa memang ada keputusan yang telah dibuat oleh mereka tidak semuanya betul dan tepat. Namun sebagai anggota parti, saya dan teman-teman seperjuangan tetap akur dan menjalankan amanah yang telah diarahkan. Banyak kelemahan yang perlu kita sama-sama baiki untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Buat masa sekarang kita perlu sama-sama fokus mengenai persiapan bagi menghadapi PRU15 nanti. Menunding jari, meletakkan kesalahan hanya kepada seorang individu bukan satu tindakan yang dapat menyelesaikan masalah.

Advertisement

Pakatan Harapan perlu duduk semula bersama-sama memikirkan strategi dan penyelesaian masalah rakyat yang patut diberi tumpuan.

Saya percaya semua pimpinan Pakatan Harapan mahu mendapatkan semula mandat rakyat yang telah dirampas oleh pengkhianat. Namun kini kita tak mahu ada suara-suara pengkhianat dalam PH yang cuba memecah belahkan ukhwah di dalam Pakatan Harapan.

Kekuatan persefahaman dan tolak ansur para pemimpin PH inilah yg ditakuti oleh pihak lawan. Oleh itu, hormatlah Presiden kami, jika ingin kami menghormati Presiden atau wakil parti anda.

Advertisement

Murad Jailani merupakan Ketua Cabang PKR Pasir Gudang dan pegawai khas ahli parlimen Pasir Gudang

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top