BM | EN | 中文

[PANDANGAN] MITI peduli tentang 2.8 juta rakyat sahaja?

MITI.jpg
Advertisement

Oleh : R.Yuneswaran

Saya tertarik dengan infografik Menteri MITI. Berdasarkan DOSM, jumlah populasi di Malaysia adalah 32.75 juta. Komposisi jantina lelaki adalah 16.83 dan wanita 15.92. Usia 65 tahun ke atas adalah 2.36 juta dan berumur 0-14 tahun adalah 7.16 juta.

Angka dan data memainkan peranaan penting apabila kita mengulas atau berhujah sesuatu isu. Oleh itu, adakah MITI hanya peduli tentang 2.8 juta rakyat sahaja berbanding 32.75 juta?

Advertisement

Tidak menafikan bahawa pendapatan khususnya yang berkerja sendiri itu penting dan perlu dibela tapi apakah langkah PKP 3.0 dan pematuhan SOP akan menjamin pendapatan mereka tidak terjejas?

Bagaimana pula dengan kesihatan rakyat yang akan terjejas akibat jangkitan? Dengan pelbagai komplikasi dalam system vaksin dari Pendaftaran sehingga temujanji ( Belum selesai isu jenama vaksin-1st come 1st get).

Pengarah Kesihatan DR. Norhisham sebelum ini menyatakan faktor penyumbang kepada peningkatan kes harian dari kluster tempat kerja.
“Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan”.

Advertisement

Laporan kluster tempat kerja sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021 Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 ( PKP.3.0 dalam kuatkuasaan) di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 %).

Antara punca utama jankitan wabak ini adalah apabila tidak mengamalkan penjarakan sosial termasuk di tempat kerja dan dimana-mana sahaja tapi bagaimana hendak dielakan kalau mereka dibenarkan berkerja? Bukan mudah untuk mengawal individu di tempat kerja, jangkitan berlaku bukan di tempat berkerja sahaja tapi dalam perjalanan ulang-alih dari tempat kerja ke rumah dan ia juga akan boleh menjangkiti ahli keluarga yang lain.

Apa yang MITI patut buat?
Apa yang kerajaan perlu buat?
Apa yang rakyat perlu buat?

Advertisement

Mudah, Kerajaan perlu laksanakan total lockdown untuk 14-21 hari dengan bantuan kewangan. (Moratorium. I-Sinar, GKP, tangguhkan pembayaran untuk 3 bulan. Pada masa yang sama KKM boleh percepatkan proses suntikan vaksin.

Mungkin MITI mahu mempertahankan bahawa total lokdown akan menjejaskan ekonomi. Untuk makluman, Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani mengumumkan bahawa Maybank catat untung bersih suku pertama RM2.39 bilion.

Ini hanyalah satu bank belum lagi yang lain-lain.

Advertisement

Singapura telah mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu sector Ekonomi-SME sebanyak S$800 juta.

Jumlah kes semalam adalah 8,290 dan tidak mustahil akan meningkat sehingga 10 ribu dalam 3-4 hari lagi. Semalam adalah hari ke-14 PKP3.0 tapi tiada tanda positif penurusan kes jangkitan covid19.

Ekonomi terjejas boleh dipulihkan semula, nyawa tiada ganti. Apa salahnya kerajaan melaksanakan lockdown. Lepas pulih covid kita bina negara dan ekonomi bersama-sama.

Advertisement

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

R.Yuneswaran merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top