BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Mageran dan MPN, keduanya menimbulkan persoalan

syed-ibrahim-syed-noh-mp-ledang.png
Advertisement

Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Mageran atau MPN atau apa jenama sekali pun akan tambah kekusutan kerana asasnya masih lagi kepada darurat yang tidak perlu.

Mageran atau Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dicadangkan tidak sama seperti 1969 kerana situasi dan realiti politik berbeza.

Advertisement

Mageran atau MPN menimbulkan persoalan, atau mungkin kecelaruan tentang kuasa kepada Agong, Badan Majlis, Eksekutif dan Parlimen. Ia perlu diteliti setiap satu supaya tidak menetapkan “dangerous precedent” untuk masa akan datang. Contohnya, isu pemusatan kuasa Agong dan Majlis, isu pertindanan, isu pelumpuhan kuasa terutama Parlimen dan lain-lain.

Apakah Mageran atau MPN boleh bertindak bebas dari pengaruh politik? Jangan naif. Sekali lagi, Mageran 1969 tak sama dengan realiti sekarang.

Negara wajib dibina dan dipulihkan atas asas demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan bawa suara rakyat. Bukankah ini antara elemen terpenting untuk ketepikan “Government knows best”, whole government approach tetapi tidak inklusif?

Advertisement

Ia boleh pecahkan dominasi kuasa kerajaan PN sekarang atau sekurang-kurangnya menekan mereka untuk buat kerja, jawab atau “get out”.

Kenapa perlu buka dan rancakkan fungsi parlimen sebagai penyelesaiannya? Kerana ia diasaskan daripada rakyat akar umbi melalui saluran demokrasi. Fungsi penuh parlimen ialah membincangkan dasar, kewangan, undang-undang serta semak dan imbang.

Ada Jawatankuasa Pilihan Khas (select committee) seperti PAC dan lain-lain yang mesti berfungsi supaya semua pakar dan pemegang taruh boleh dilibatkan serta Ahli-ahli Parlimen bekerja keras.

Advertisement

Dari situ, wajar lahir inklusiviti, kerjasama, Confidence and Supply Agreement (CSA) di semua peringkat.

Apakah kita boleh percaya kerajaan PN sekarang? Kerajaan yang gagal? Berniat jahat dan agenda sempit. Memang tidak boleh dipercayai tapi tidak boleh ditukar sekarang – bahaya Covid-19 dan lain-lain.

Apakah ini akan selesaikan krisis politik? Kerajaan nanti tetap rapuh dan proses beli membeli MP berlaku? Ya, ada kemungkinan besar

Advertisement

Tapi saya percaya kepada saluran demokrasi dan kebijaksanaan rakyat, bukan campur tangan darurat politik dan sewaktu dengannya.

Jadi ringkasnya, buka parlimen dan semua institusi demokrasi serta usahakan pemulihan melalui saluran demokrasi bersama tanpa terlalu politik melampau.

Syed Ibrahim Syed Noh merupakan Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat Johor dan Ahli Parlimen Ledang

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top