BM | EN | 中文

[PANDANGAN] “Kerajaan wajar benarkan pengeluaran Akaun-1 KWSP sehingga RM10,000 sekaligus” – MP Pasir Gudang

Hassan-Karim-KWSP.png
Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Kerajaan Malaysia patut membenarkan pencarum KWSP keluarkan Akaun-1 mereka sehingga RM10,000 sekaligus.

Jika kerajaan tidak setuju, maka kerajaan mesti beri bantuan sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada semua pekerja warganegara yang hilang pekerjaan kerana pandemik Covid-19 sehingga mereka mendapat pekerjaan baru.

Advertisement

Kerajaan sanggup berbuat demikian?

Jika kerajaan tidak sanggup dan tidak mampu maka kerajaan perlu akur kepada tuntutan para pencarum.

Benarkan mereka keluarkan duit tabungan mereka sendiri. Bukan keluarkan keseluruhannya tetapi setakat RM10,000 sahaja sekaligus. Mereka boleh memulakan ikhtiar baru untuk meneruskan hidup dengan wang yang dikeluarkan itu.

Advertisement

Kerajaan kena percaya kebijaksanaan rakyatnya sendiri.

Rakyat yang hilang mata pencarian kerana hilang kerja berada di persimpangan, antara hidup dan mati.

Para pencarum yang menuntut haknya itu memilih untuk terus hidup bukannya mati.

Advertisement

Undang-undang yang mengawal selia operasi KWSP tidak boleh mengatasi Undang-Undang Dasar Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, di mana Perkara 13 menjamin hak rakyat terhadap harta dan wang ringgit mereka.

Duit dalam tabungan Simpanan Wang Pekerja itu adalah harta peribadi rakyat bukannya rezab negara.

Hassan Abdul Karim merupakan ahli parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top