BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Kenyataan Peguam Negara beri implikasi besar dari segi perundangan

hassan-karim.png
Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Peguam Negara pada 8 Julai mengeluarkan satu kenyataan media khusus menjawab kenyataan media Presiden Umno bertarikh 7 Julai 2021.

Oleh kerana perkara yang disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara itu mempunyai implikasi besar dari segi perundangan Perlembagaan Persekutuan, maka saya selaku seorang ahli Parlimen terpanggil untuk memberi pandangan balas terhadap kenyataan Peguam Negara.

Advertisement

Dalam kenyataannya itu, Peguam Negara menyatakan “…Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Peguam Negara tentu bersetuju dengan saya bahawa “fakta jelas tersebut” boleh ditunjukkan jika diadakan prosiding Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Soalan saya kepada Peguam Negara selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan ialah adakah Kerajaan akan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang bermula 26 Julai ini hingga 2 Ogos depan?

Advertisement

Soalan seterusnya, jika kerajaan tidak ada cadangan untuk membentangkaan usul undi percaya itu, maka adakah kerajaan akan membenarkan ahli-ahli parlimen pembangkang pula membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri?

Seterusnya Peguam Negara yang bijaksana menyatakan di dalam kenyataan medianya bahawa “….Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik”.

Saya bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara di atas yang merujuk Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Itu adalah kedudukan undang-undang yang ada sekarang. Tetapi persoalannya ialah bagaimana mungkin penentuan sokongan majoriti kepada Perdana Menteri dapat dilakukan jika Usul undi percaya tidak diadakan di Dewan Rakyat?

Advertisement

Adakah Peguam Negara pasti di dalam sidang Parlimen akan datang ini Perdana Menteri akan membentangkan usul undi percaya terhadapnya?
Sekian

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top