BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Keluar caruman KWSP: Pemimpin Umno sudah bankrap idea?

Hassan-Karim-KWSP.png
Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Pemimpin Melayu jenis apa pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini?

Dahulu pemimpin Umno melalui 1MDB gadai Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), kini pemimpin Umno hendak musnahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Advertisement

Dari Presiden Umno hingga ke Ketua Pemudanya mahu memperjudikan Wang Pencen pekerja swasta dalam KWSP kononnya atas alasan hendak bantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Adakah pemimpin Umno sudah bankrap idea?

Negara berhutang RM30 bilion angkara perbuatan rasuah, pecah amanah, jenayah serta kegiatan pelupusan wang haram yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi Umno dan konco-konconya dalam skandal 1MDB.

Advertisement

Berbilion ringgit setahun kerajaan terpaksa memikul biawak Hidup hutang 1MDB kerana angkara pemimpin Umno.

Jika tidak ada skandal 1MDB, negara akan ada wang untuk bantu rakyat akibat bencana banjir seperti yang berlaku sekarang. Adakah pemimpin Umno sedar dan insaf hakikat itu?

Dulu pemimpin Umno juga yang hampir musnahkan Kumpulan Wang Amanah Pencen kakitangan awam yang disimpan dalam KWAP. Sebanyak RM4 bilion Wang Pencen kakitangan sektor awam dipinjam oleh 1MDB. Lesap Wang itu.Kerajaan juga yang terpaksa pikul beban dan bayar hutang itu.

Advertisement

Kini pemimpin-pemimpin Umno hendak hancurkan pula wang simpanan pencen pekerja swasta dalam KWSP.

RM101 bilion wang KWSP telah dikeluarkan oleh pekerja melalui skim i-lestari, i-sinar dan i-citra.Hampir habis sudah wang simpanan pekerja dalam KWSP.

Tahukah pemimpin-pemimpin Umno bahawa kira-kira enam juta pencarum KWSP atau hampir 50 peratus dari mereka mempunyai baki simpan di KWSP tidak sampai RM10,000.

Advertisement

Tahukah pemimpin Umno yang kononnya mengaku ejuang Melayu itu bahawa 74 peratus pencarum yang telah mengeluarkan Wang Simpan KWSP mereka adalah kaum Bumiputera?

Tahukah pemimpin-pemimpin Umno bahawa mereka telah gagal menjaga hak dan kepentingan rakyat Melayu bawahan B40.

Data dan statistik selalunya tidak berbohong.79 peratus dari kalangan pencarum KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 adalah Rakyat Bumiputera.

Advertisement

Saya seru kepada pemimpin-pemimpin Umno yang telah mencuri wang kerajaan, wang negara dan yang telah pecah amanah, yang tidak bayar cukai LHDN dan yang larikan wang dan harta seperti didedahkan oleh Pandora Papers agar kembalikan kepada rakyat Malaysia.

Jika ini dapat dilakukan maka tidak perlulah lagi para pekerja terpaksa keluarkan Wang simpanan untuk hari tua mereka di KWSP.

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top