BM | EN | 中文

[PANDANGAN] KEADILAN, jenama politik masa depan negara

pkr-bendera-KEADILAN.jpg
Advertisement

Oleh: R. Yuneswaran

Sejarah telah membuktikan bahawa lambang KEADILAN adalah Harapan Rakyat Malaysia waktu PRU14. Sejarah sentiasa berulang sehingga kita menyaksikan “Total Change” dalam Kerajaan Malaysia.

Logo ini bukan hanya sekadar logo atau bendera parti Keadilan, tapi ia adalah lambang harapan, lambang kesatuan Rakyat, lambang perubahan, lambang kepelbagaian, lambang jenama politik masa depan negara.

Advertisement

Saya tidak menyesal atau khuatir untuk memilih KEADILAN sebagai wadah politik perjuangan, kerana inilah satu-satunya parti di Malaysia yang dianggotai oleh pelbagai bangsa dari pelbagai latar dalam satu Keluarga yang besar.

Perjuangan belum selesai, setiap rintangan yang kita lalui akan membina kita lebih kuat dan kekal semangat untuk memcapai matlamat. Kalau penat, rehat seketika tapi jangan putus asa.

Justeru jangan goyah, jangan berkurangan semangat KEADILAN. Kita pertahankan, kita perhebat bersama.

Advertisement

Membujur Lalu Melintang Patah. Selamat Ulangtahun Reformasi Ke-23

R. Yuneswaran merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top