BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Kabinet PN retak, masihkah ada harapan untuk rakyat?

kabinet-malaysia.jpg

kabinet PN

Advertisement

Oleh : Lim Guan Eng

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bukan sahaja mengetuai kerajaan yang gagal tetapi juga kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu, yang hanya akan membawa Malaysia ke arah masa depan yang gelap tidak dijangka oleh akal. Kerajaan PN telah gagal untuk mengekang lonjakan terbaru kes COVID-19 dan jumlah kematian akibat semakin hilangnya kawalan, sehingga memerlukan ‘total lockdown’ PKP 4.0 dengan kesan buruk kepada ekonomi kita yang sedang dilanda kemelesetan.

Selain penderitaan tragis akibat pandemik COVID-19, pertengkaran terbuka antara Menteri-Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Azmin Ali, serta serangan terbuka oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof di Malaysiakini terhadap Muhyiddin, menunjukkan sebuah kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu. Ini tidak dibantu oleh klip video pelik yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang menentang pembentukan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) yang sangat berkuasa, secara hakikatnya satu pemerintahan diktator, mirip seperti pemerintahan negara ini dari tahun 1969 hingga 1971 selepas rusuhan 13 Mei.

Advertisement

Tidak ada parti PH atau parti politik yang telah mencadangkan pembentukan MAGERAN. Ini menimbulkan lebih banyak persoalan sama ada PN berkuasa dalam mentadbir kerajaan. MAGERAN akan menggunakan kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan secara langsung menggantikan fungsi Kabinet. Marzuki berpendapat bahawa Kabinet masih berfungsi, dan pelbagai Kementerian masih diperlukan.

Bagi Marzuki secara tiba-tiba melontarkan idea untuk menentang MAGERAN ketika Agong mengambil langkah belum pernah terjadi sebelum ini untuk mendapatkan pandangan pemimpin PH mengenai krisis kesihatan awam dan ekonomi negara semalam, menimbulkan kecurigaan bahawa ini adalah helah politik oleh Muyhiddin untuk mengalihkan perhatian dari hilangnya kepercayaan keseluruhan masyarakat terhadap pemerintahannya. Jika Muyhiddin benar-benar komited terhadap demokrasi, dia harus segera memanggil Parlimen, terutama apabila semua Ahli Parlimen telah divaksinasi.

Dakwaan palsu Marzuki bahawa Kabinet PN masih berfungsi tidak dibantu dengan serangan terbuka Mohd Redzuan terhadap pengurusan COVID-19 dan program vaksinasi yang tidak konsisten oleh kerajaannya sendiri. Redzuan meluahkan kekecewaannya kerana dia sebagai Menteri Kabinet tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) bagi Covid-19 dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sekiranya seorang Menteri Kabinet tidak tahu apa yang sedang terjadi dengan usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan program vaksinasi, masihkah ada harapan untuk rakyat?

Advertisement

Lebih-lebih lagi, peperangan terbuka antara Ismail Sabri dan Azmin Ali telah membawa kepada dasar yang berubah-ubah dan pusingan U SOP, menyebabkan banyak kesulitan kepada perniagaan dan pekerja yang sudah menanggung kesan dari ‘total lockdown’. Ismail Sabri telah mengumumkan penutupan sepenuhnya negara kecuali 17 sektor ekonomi penting, yang telah diterbalikkan oleh Azmin dan yang kemudiannya ditolak lagi oleh Ismail Sabri.

Apabila Menteri tidak dapat menyelaraskan keputusan mereka dalam mesyuarat Kabinet, kerajaan sama sekali tidak mampu menyatukan rakyat untuk melawan dan memenangkan pertempuran memerangi COVID-19. Rakyat Malaysia menghadapi kemungkinan masa depan yang gelap dengan ketidakadilan yang dahsyat atau menderita akibat kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu.

Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top