BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Johor teroka politik baharu

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

Oleh: Suhaizan Kaiat

Sidang Dewan Johor melabuhkan tirainya kelmarin. Mereka yang berpeluang mengikuti secara dekat persidangan Dewan Johor akan merasa pelik. Dewan Johor telah berubah 360 darjah selepas pandemik Covid-19.

Dewan berjalan lancar. Pihak kerajaan dan pembangkang masing-masing memfokus masalah rakyat yang sedang menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Advertisement

Tiada kata-kata kesat, tiada pertembungan serius dan tiada tuduhan liar.

Lebih unik lagi kerajaan Johor dipimpin oleh Menteri Besar daripada Umno-PN. Dewan Johor diketuai speaker daripada pembangkang Amanah-PH.

Hanya di Johor sahaja speaker yang dilantik oleh kerajaan PH disambung perkhidmatannya oleh kerajaan PN atau ringkasnya speaker dua kerajaan.

Advertisement

Suasana sidang Dewan Johor sangat harmoni tidak sepanas parlimen. Adun daripada kedua-dua pihak membangkitkan isu yang sama dan berusaha bersungguh-sungguh mencari penyelesaian masalah rakyat Johor seperti isu pembukaan tambak Johor, kuarantin, perumahan, pembuangan pekerja, jurang digital, pertanian rakyat, wanita dan anak muda.

Pembangkang di Johor sangat berjiwa besar walaupun Pt Yaani, Kota Iskandar, Jementah, Bukit Batu, Semerah, Johor Jaya, Bekok, Paloh dan Skudai adalah bekas exco Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui langkah Sheraton tetapi mereka tidak sekalipun menyerang secara membabi buta kerajaan PN Johor.

Mereka sangat profesional serta prihatin terhadap rakyat Johor yang dalam kesusahan dan tidak mahu polemik politik menambah masalah kepada rakyat.

Advertisement

Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang Dewan Johor sangat berbeza dengan perdana menteri dan ketua pembangkang di parlimen.

Menteri Besar Johor bersikap gentleman dengan memenuhi sebahagian cadangan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.

Menteri Besar menganggap pembangkang sebagai rakan strategik bukannya lawan, jauh sekali menganggap musuh.

Advertisement

Saya sempat menegur Seri Medan-PN yang masih menggunakan perkataan musuh dalam perbahasannya.

Johor terokai politik baru

Kerajaan memberikan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang, bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan, mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan agar menjadikan Adun pembangkang sebagai ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tindakkan dan Pembangunan Daerah (JTPD), menyediakan 10 orang pegawai penyelidik untuk Dewan Johor dan memberikan lebih pengiktirafan kepada ketua pembangkang.

Advertisement

Dewan Johor yang penuh tertib sebagai menjunjung titah Tuanku Sultan Johor diserikan dengan jati diri orang Johor seperti digambarkan oleh Allahyarham Usman Awang:

Berkelahilah cara Melayu,

Menikam dengan pantun,

Advertisement

Menyanggah dengan senyuman,

Marahnya dalam tawa,

Merendah bukan menyembah,

Advertisement

Meninggi bukan melonjak,

Watak Melayu menolak permusuhan,

Jiwa Melayu mengangkat persahabatan.

Advertisement

Johor telah menerokai politik baru yang strategik sesuai dengan budaya Johor yang ditanam sejak berkurun lamanya. Kepentingan rakyat diutamakan. Jika negeri Perak baru mencuba-cuba untuk membentuk gabungan baharu dalam kerajaan, Johor telah pun memulakan langkah lebih awal.

Berinspirasikan Muafakat Membawa Berkat, pakatan strategik kerajaan dan pembangkang ini mampu memberikan impak yang positif kepada rakyat negeri Johor.

Suhaizan Kaiat merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top