BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Jambatan besi 112 tahun di pekan Layang-Layang perlu jadi tapak warisan

jambatan-besi-Layang-Layang.jpg
Advertisement

Oleh: Dr Maszlee Malik

Kewujudan laluan keretapi melalui pekan Layang-Layang dan Renggam semenjak tahun 1909 telah menjadi pemangkin pembangunan setempat.

Ia memudahkan pengangkutan setempat termasuk estet sedia ada pada zaman penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Advertisement

Sejarah telah mencatatkan bahawa ia merupakan sebahagian dari aset milik Johore Railway., kemudiannya menjadi Federated Malay States railway dan kemudiannya menjadi Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Laluan keretapi ini merupakan sebahagian daripada sejarah panjang pengangkutan darat dan warisan khazanah tanah air.

Projek double track KTMB bagi menaiktaraf landasan keretapi dari Gemas ke Johor Bahru telah menyebabkan jambatan keretapi dan stesen keretapi sedia ada tidak akan digunakan lagi.

Advertisement

Hal ini berpotensi menjadi ancaman warisan ini dirosakkan atau dimusnahkan jika tidak dipulihara dan dijadikan monumen sejarah.

Sehubungan dengan itu, jambatan besi laluan keretapi di Layang-Layang ini beserta stesen keretapi Renggam, perlu dikekalkan sebagai tapak warisan untuk rujukan generasi mendatang.

Saya akan mengemukakan kepada pihak KTMB bagaimana jambatan besi bersejarah ini boleh diceriakan kembali dan terus dipelihara sebagai sebahagian dari monumen sejarah di Pekan Layang-Layang.

Advertisement

Dr Maszlee Malik merupakan ahli parlimen Simpang Renggam

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top