BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Isu pekerjaan dan pengangguran penting dibahas dalam PRN Johor

hassan-karim-pasir-gudang.jpg

Gambar Ehsan FMT

Oleh: Hassan Karim

Parti KEADILAN dan HARAPAN wajar ketengahkan isu-isu Rakyat seperti isu pekerjaan dan pengangguran.

Atas kegagalan kerajaan Johor Umno BN selama ini menyediakan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat sendiri maka lebih 400,000 pekerja Malaysia terutama dari Johor terpaksa ulang-alik setiap hari bekerja di Singapura.

Akibat pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan negeri, ramai rakyat Johor yang selama ini bekerja di Singapura sedang menganggur. Kerajaan Umno BN Johor tidak pedulikan nasib pekerja yang menganggur ini.

Kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia pada awal minggu ini menyatakan terdapat lebih setengah juta rakyat Malaysia yang sedang menganggur iaitu seramai 687,600 orang.

Ini satu contoh kegagalan kerajaan Persekutuan Umno BN sama seperti kerajaan negeri Johor Umno BN yang gagal menwujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat khususnya golongan muda.

Parti KEADILAN dan HARAPAN perlu membentangkan pelan tindakan untuk mengatasi masalah pengangguran dan mengwujudkan lebih banyak peluang-peluang Pekerjaan untuk Rakyat.

Jika ini dapat dilakukan dan dibentangkan kepada rakyat Johor dalam Pilihanraya Negeri pada 12 Mac 2022, maka peluang Parti KEADILAN dan HARAPAN adalah cerah untuk mendapat mandat Rakyat bagi membentuk Kerajaan Johor yang baru.

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top