BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Ekonomi Malaysia menyusut, Menteri Kewangan dan kerajaan PN perlu muhasabah

KL-Kuala-Lumpur.jpg
Advertisement

Oleh : Omar Mokhtar A Manap

Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 oleh Menteri Kewangan mengunjurkan penyusutan KDNK bagi tahun 2020 sebanyak 4.5 %. Kemudian diunjurkan pula KDNK bagi tahun 2021 akan melonjak sekitar 6.5%-7.5%.

Ramai yang menyanggah ketika itu kerana angka ini tidak realistik dengan persekitaran semasa. Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah menyasarkan penguncupan yang lebih besar sekitar -5.7 peratus, begitu juga Bank Negara dan Bank Dunia.

Advertisement

Namun dimainkan isu ketika itu bahawa pihak yang menyanggah ini angka-angka ini sekadar ingin bermain politik dan sengaja memberikan imej buruk kepada Kerajaan.

Kini dengan melihat penyusutan KDNK pada suku ke-4, Malaysia adalah kedua di belakang Thailand yang paling tinggi penyusutan KDNK suku ke-4 bagi negara ASEAN.

Namun yang lebih membimbangkan kini adalah, walaupun penyusutan KDNK Thailand bagi suku ke-4 paling tinggi, aliran penyusutan semakin mengecil bagi Thailand jika dibandingkan dengan suku ke-2 dan ke-3 KDNK 2020.

Advertisement

Malaysia bagaimana?

Ini yang membimbangkan kerana trend bagi Malaysia pula selepas penyusutan mengecil pada suku ke-3, Malaysia menjadi negara ASEAN yang mana penyusutan kembali bertambah pada suku ke-4.

Tetapi kini sudah terjawab melalui kenyataan Bank Negara Malaysia serta laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan berhubung kemerosotan KDNK Malaysia bagi tahun 2020 berada pada -5.6%.

Advertisement

Kini persoalan mula timbul:

1. Adakah Menteri Kewangan menyorokkan hakikat sebenar kondisi ekonomi Malaysia demi ‘kononnya’ memberikan imej baik kepada negara?

2. Adakah unjuran KDNK 2021 akan melonjak 6.5%-7.5% itu relevan melihat kepada keadaan negara yang sedang dalam tempoh PKP dan ditambah pula dengan darurat ?

Advertisement

3. Bagaimana pula dengan FDI Malaysia yang merosot hingga 68%, apa usaha Kerajaan untuk kekalkan pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baru ?

4. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia turut menjunam ke kedudukan 57 bagi tahun 2020 (tahun 2019 ke-51, tahun 2018 ke-61) yang juga akan memberi kesan besar terhadap keyakinan pelabur.

KDNK menyusut, pelabur merosot dan kini dengan angka yang dibentangkan Menteri Kewangan begitu meleset sudah tentunya akan menjurus kepada krisis keyakinan yang serius di kalangan pelabur. Apatah lagi dengan darurat yang berlanjutan sehingga bulan Ogos nanti sudah pastinya akan memberikan kesan berganda yang membantutkan proses pemulihan ekonomi negara.

Advertisement

Menteri Kewangan dan Kerajaan Perikatan Nasional perlu segera muhasabah dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Rakyat begitu sengsara kini dalam keadaan banyak syarikat sudah gulung tikar ataupun mengecilkan operasi, kesan yang amat membimbangkan begitu nyata dan boleh dilihat dengan laporan berhubung peningkatan kadar pengangguran yang sudah mencecah 4.8%.

Semua ini menambahkan kerunsingan rakyat tatkala mencongak bagaimana keadaan Malaysia lima tahun lagi andai berterusan ditadbir sebegini?

Omar Mokhtar A Manap merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top