BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Biarlah rakyat menjadi penentu dan hakim pada PRU-15 nanti

syed-ibrahim-syed-noh-mp-ledang.png
Advertisement

Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Dari dulu lagi kita sebut ini. Perubahan, reformasi atau pengislahan ialah satu yang hidup. Tidak kira kita di pihak kerajaan atau pembangkang. Perjuangan perubahan itu mesti diteruskan. Soalnya ialah apa perubahan itu dan bagaimana perjalanannya?

Bagi saya, perubahan itu ialah ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.

Advertisement

Perjalanannya atau “the journey” penting. Konsisten dengan prinsip dan tak ala machiavellian atau tidak menghalalkan cara untuk capai matlamat. Kejelasan atau “clarity” juga penting dalam era penuh spekulasi dan manipulasi sekarang.

Apa yang berlaku telah mengikut lunas perlembagaan meskipun kita tak suka atau tak puas hati. Percayalah, ada hikmahnya. Sama ada PM baru, Umno atau yang menyokongnya suka atau tidak, bola dalam gelanggang mereka untuk buktikan perubahan.

YDPA juga bertitah supaya bekerjasama kerana yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

Advertisement

Saya berlapang dada dan bersedia bekerjasama, bukan kerana yakin dengan PM baru yang dulunya TPM dalam kerajaan gagal tetapi kerana keperluan untuk kebaikan rakyat dan negara. “That has always been the case and will always be the case.”

Tugas semak dan imbang, memberi kritikan membina, mencadangkan tindakan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap kekal. Meskipun mungkin diputar belit atau dipusingkan, tetapi ia bukan kerana kedudukan atau kuasa semata-mata. Ia kerana reformasi, perubahan, pengislahan.

Biarlah rakyat menjadi penentu dan hakim pada PRU-15 nanti.

Advertisement

Syed Ibrahim Syed Noh merupakan ahli parlimen Ledang merangkap pengerusi KEADILAN Johor

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top