BM | EN | 中文

[PANDANGAN] Adakah perbincangan khas 16 Jun di Istana Negara sah dari segi Perlembagaan?

istana-negara.png

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

Oleh Hassan Abdul Karim

Apakah pendirian Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin terhadap perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun 2021 depan?

Adakah PM bertanyakan kepada Peguam Negara “Perbincangan Khas itu”? Adakah perbincangan khas itu sah dari segi Perlembagaan Persekutuan?

Advertisement

Setahu kita yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Puas dicari di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada hal perkara disebut istilah perbincangan khas.

Adakah Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Eksekutif yang mewakili cabang demokrasi berparlimen mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara apabila berdepan dengan inisiatif Yang di-Pertuan Agong, ketua institusi Raja Berperlembagaan memanggil raja-raja untuk perbincangan khas berkenaan perkara-perkara dasar negara pada 16 Jun depan?

Adakah Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri menyedari hanya Mesyuarat Majlis Raja-Raja sahaja yang boleh menimbang teliti perkara mengenai dasar-dasar negara (Fasal 3, Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan)?

Advertisement

Sesi Perbincangan Khas pada 16 Jun itu tidak ada kuasa untuk membincangkan dasar-dasar negara kerana Perbincangan Khas bukan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.Sesi yang dipanggil Perbincangan Khas tidak wujud langsung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Muhyiddin Yassin menyedari untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sekalipun, Yang di-Pertuan Agong perlu meminta terlebih dahulu kepada Perdana Menteri (Fasal 2 (c) Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan)?

Bagaimana boleh berlaku Yang di-Pertuan Agong mengambil inisiatif sendiri memanggil suatu perbincangan khas, sesuatu yang tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak berunding terlebih dulu dengan Perdana Menteri? Adakah ini satu ‘precedent’ yang baik di Malaysia ini yang mengamalkan pinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan? Kenapa tidak ada pendirian Perdana Menteri atau Kabinet dalam soal ini?

Advertisement

Tentu sekali Muhyiddin Yassin menyedari bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu disertai oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Perkara 38 (3) Perlembagaan Persekutuan). Adakah dalam sesi Perbincangan Khas pada 16 Jun ini di Istana Negara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertuan Agong dalam perbincangan itu nanti?

Saya seorang ahli parlimen membangkitkan soalan-soalan di atas demi mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Saya tidak mahu inisiatif yang dilakukan oleh yang di-Pertuan Agong sekarang walaupun dengan niat yang baik tetapi jika ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka adalah tanggungjawab Perdana Menteri untuk menasihati Baginda. Jika Muhyiddin Yassin gagal berbuat demikian maka ia adalah seorang Perdana Menteri yang gagal dan patut berundur.

Advertisement

Hassan Abdul Karim merupakan ahli parlimen Pasir Gudang

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top