BM | EN | 中文

Palsukan keputusan ujian Covid-19 kerana rasa tak sesuai jadi pelayan, remaja di Johor ditahan

palsukan-result-covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 APR: Seorang remaja perempuan yang memalsukan laporan ujian calitan Covid-19 yang kononnya menunjukkan keputusan positif ditahan polis Selasa lalu selepas menerima laporan majikannya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, pekerja restoran berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari di sebuah rumah di Mutiara Rini, Skudai selepas pemilik restoran membuat laporan polis.

Katanya, lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa menerima gambar sekeping surat yang menunjukkan keputusan positif Covid-19 menerusi aplikasi WhatsApp daripada pekerjanya.

Advertisement

“Sejurus menerima gambar berkenaan, majikan itu menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 pekerja lain untuk membuat ujian calitan Covid-19.

“Ujian kemudian mengesahkan majikan dan 12 pekerja terbabit negatif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, majikan itu bertanya kepada remaja itu bagi mengetahui perkara sebenar, dan gadis itu mengaku menipu disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Advertisement

“Remaja perempuan itu baru sehari diterima bekerja di restoran berkenaan, iaitu pada Isnin, menurut majikannya,” kata Dzulkhairi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan kerana memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19 dan polis akan memohon perintah reman terhadap remaja itu esok supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top