BM | EN | 中文

Palsukan kehilangan keluarga akibat COVID-19, pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan COVID-19.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan.

“Kanni (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan.

Advertisement

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak memaafkan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, kesemuanya terikat dengan tatakelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular mesej menerusi media sosial seorang lelaki pekerja Petronas mendakwa kononnya melalui pelbagai perkara selepas kehilangan anak, isteri, ibu dan adik-beradiknya kerana jangkitan COVID-19.

Mesej itu turut merayu orang ramai menyalur sumbangan atas nama pekerja terbabit.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top