BM | EN | 中文

Palsu dokumen pembekalan benih nanas, penjawat awam didakwa di mahkamah Johor Bahru

Penjawat-awam-didakwa-palsu-dokumen-pembekalan-benih-nanas.jpg

Gambar Ehsan Sinar Harian

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JUL: Seorang Pembantu Ehwal Ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas empat pertuduhan memalsukan dokumen pembekalan benih nanas berjumlah RM41,025 enam tahun lalu.

Tertuduh Hasren Amat Sibani@ Fahrudin, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Hasren dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia suatu dokumen pesanan pembekalan benih yang mengandungi butiran matan palsu iaitu pembekalan tidak dibekalkan sepertimana dalam tuntutan.

Advertisement

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Selatan di Pontian pada April, Mei dan Disember 2015.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama, yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikhwan Ihsan Jalaludin memohon ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin

Advertisement

Bagaimanapun peguam Mohd Salleh Togimin yang mewakili tertuduh memohon jaminan terbabit dikurangkan dengan alasan tertuduh menanggung seorang isteri, tiga orang anak dan dua anak saudara.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain memerintahkan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top