BM | EN | 中文

Paling penting sasaran kami juara

MSNJ.jpg

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Gadaffie Aziz bersama atlet dan jurulatih SUKMA ke-20

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN : Kontinjen Johor kini sedang dalam persiapan akhir sebelum menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 yang bakal berlangsung Julai depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Gadaffie Aziz berkata, ini kerana hanya tinggal sekitar 20 ke 30 peratus sahaja sebelum bermula temasya sukan itu.

“Persediaan kami sudah masuk ke fasa akhir, berbaki 20 ke 30 peratus sebelum ke SUKMA. Walaupun sasaran pingat berubah, kami yakin paling tidak 40 pingat emas dalam tangan.

Advertisement

“Namun, menjelang April MSNJ akan mengumumkan sasaran pingat rasmi. Sasaran pingat berubah-ubah, namun paling penting sasaran kami adalah bergelar juara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun 2020 MSNJ dan Pelancaran Buku Psikologi di Iskandar Puteri, di sini, semalam.

Ditanya soal kelebihan menjadi tuan rumah pada temasya berkenaan, beliau turut mengakuinya dan ia membabitkan soal antara fasiliti dengan atlet.

Advertisement

“Kami memang berharap agar fasiliti kejohanan ini dapat siap lebih awal. Apabila siap, kami memang bercadang untuk meminta kebenaran untuk menggunakan untuk persediaan atlet,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top