BM | EN | 中文

Pakej Selangor Prihatin ringankan beban masa sukar

Pakej-Selangor-Prihatin.jpg.png
Advertisement

Oleh: Amin Ridzuan Ishak

SHAH ALAM, 29 OKT: Selangor negeri paling awal mengumumkan bantuan kepada golongan sasaran menerusi pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin pada 20 Mac lalu, hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika kerajaan Persekutuan dan negeri lain masih membuat kira-kira, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membentang pakej bantuan berjumlah RM127.8 juta.

Advertisement

Ia membabitkan antaranya pemberian sekali bayar RM500 kepada 80,000 penjaja berlesen dan masing-masing RM200 kepada petugas barisan hadapan. Tidak lupakan bantun buat mahasiswa Selangor berada di universiti awam di Sabah dan Sarawak

Turut memperoleh manfaat, 40,000 usahawan Hijrah Selangor yang menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman. Seramai 2,700 penyewa Skim Smart Sewa pula dikecualikan sewa rumah selama tiga bulan sekalipun mereka boleh membuat bayaran jika mahu.

Semua Ahli Dewan Negeri (ADN) pula diberi kelonggaran menggunakan peruntukan Mesra Rakyat, dari had RM20,000 kepada RM30,000, bagi pembelian barangan keperluan termasuk beras, tepung dan gula untuk golongan terjejas.

Advertisement

Ia diumumkan segera supaya rakyat tidak gelisah ketika ‘berkurung’ di rumah. Siapa tidak risau mengenangkan komitmen bulanan perlu ditanggung sedangkan mereka boleh mencari rezeki seperti biasa?

Kurang dua minggu kemudian, Amirudin sekali lagi membentang fasa kedua pakej berkenaan. Bahkan, jumlahnya ditingkat kepada RM272.5 juta. Ini jelas menunjukkan keazaman Selangor bagi memastikan rakyat tidak dihimpit derita.

“Kerajaan Negeri akan mencuba sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat serta menampan derita kewangan mereka yang terkesan,” kata Dato’ Menteri Besar kata ketika pembentangan pakej berkenaan.

Advertisement

Sambil mengekalkan bantuan kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi usahawan serta penggiat sektor pertanian, kelainan baharu ditampilkan melalui peruntukan RM1.35 juta bagi melaksanakan saringan komuniti Covid-19.

Selangor sekali gus negeri pertama melakukan saringan skala besar ke rumah bersasar untuk mengesan kemungkinan jangkitan. Bagi memudahkan orang ramai, kaedah pandu lalu turut dibuat dan sambutannya mengalakkan.

Inisiatif itu meringankan beban yang dipikul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hasilnya lima kes jangkitan tanpa gejala dikesan dalam saringan itu. Seterusnya, rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan segera.

Advertisement

Amirudin dan pasukannya turut menumpukan sektor pendidikan dengan menyediakan RM700,000 untuk membangunkan wadah e-pembelajaran Selangor Tutor. Kira-kira 250,000 murid yang tidak dapat ke sekolah akibat PKP boleh belajar dalam talian secara percuma.

Turut disediakan insentif RM600 bagi setiap keluarga petugas barisan hadapan untuk menghantar anak ke pusat jagaan. Ia tentu melegakan mereka seterusnya memudahkan fokus ketika bertugas memerangi wabak.

Antara intipati pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa satu dan dua adalah:

Advertisement

— 6,000 petugas barisan hadapan terima RM200

— 80,000 penjaja dan peniaga berlesen terima RM500

— 40,000 peminjam Hijrah Selangor dapat penangguhan bayaran

Advertisement

— Mahasiswa dari Selangor di universiti awam terima RM200

— RM1.8 juta untuk bantuan makanan kepada pelajar Unisel, Kuis dan Kolej Inpens

— 2,500 petugas barisan hadapan terima insentif RM600 setiap keluarga bagi menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak

Advertisement

— RM1.35 juta untuk saringan komuniti kesan pembawa virus

— Pesakit Covid-19 dari Selangor terima bantuan RM1,000

— 1,150 penerima Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan teima bantuan kewangan RM400

Advertisement

— RM500,000 bagi bantuan makanan asas kepada usahawan tani berpendapatan RM1,500 ke bawah

— RM1.5 juta untuk petani, penternak dan nelayan untuk sedia keperluan terus semula perusahaan

— RM700,000 disalurkan untuk membangunkan konsep e- pembelajaran di bawah Yayasan Selangor

Advertisement

Ternyata, rakyat gembira dengan kecekapan pentadbiran Amirudin. Misalnya, seorang peniaga makanan di Ampang yang menerima bantuan sekali bayar RM500, Mohd Khairul Anuar memberitahu bantuan dimasukkan ke akaunnya tidak lama kemudian.

“Mudah dan cepat. Syukur ada bantuan pada saat-saat sukar. Saya gunakannya sebagai modal untuk membeli barang-barang bagi meneruskan semula perniagaan terhenti akibat PKP,” katanya.

Selangor turut memanfaatkan tempoh PKP untuk mengembangkan konsep perniagaan digital. Halangan mengadakan bazar Ramadan fizikal yang lazimya mewarnai bulan puasa dihidupkan semula melalui inisiatif menyediakan dua saluran e-dagang iaitu Grab Selangor dan Platform Selangor (PLATS). Hasilnya, ada peniaga mampu merekodkan transaksi jualan sehingga RM1,500 sehari.

Advertisement

Lebih memberangsangkan, e-Bazar-Raya dengan kerjasama Shopee merekodkan nilai jualan RM171 juta dalam tempoh dua minggu bermula 1 Mei. Manfaatnya dinikmati 3,542 peniaga perusahaa kecil dan sederhana (PKS) untuk meneruskan mata pencarian dalam norma baharu.

Pada masa ini, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan belum berakhir, Amirudin sekali lagi mendahului pemimpin lain.

Orang ramai yang mahu mengikuti pembentangan pelan pada hari pertama persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) boleh mengikuti siaran langsung saluran YouTube TVSelangor dan portal berita SelangorKini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top