BM | EN | 中文

Pakej Permai seolah abai pekerja tempatan – Pemuda Amanah Tenggara

Ridhuan-Esa.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 21 JAN: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Tenggara, Ridhuan Esa berkata bahawa pakej Permai yang diumumkan kerajaan seolah meminggirkan pekerja tempatan.

Merujuk pengumuman pakej itu katanya, subsidi saringan Covid-19 melalui Saringan Prihatin Perkeso bernilai RM150 tidak boleh lagi dituntut selepas tarikh 30 November tahun lalu.

Beliau berkata mana-mana saringan selepas tarikh 30 November 2020 tidak boleh dituntut oleh majikan melibatkan pekerja tempatan termasuk petugas barisan hadapan di hospital swasta.

Advertisement

“Lebih malang kepada pekerja tempatan yang terdedah kepada risiko jangkitan di tempat kerja dan memerlukan keputusan ujian saringan awal kerana keperluan bekerja, terpaksa menanggung sendiri kos saringan apabila terdapat individu positif di tempat kerja atau merupakan kontak rapat.

“Kos yang perlu ditanggung adalah sekitar RM250 sehingga RM350 (PCR) bagi setiap saringan dan keperluan untuk ujian saringan ulangan juga sehingga dua atau tiga kali di hospital atau klinik swasta,” katanya.

Beliau mendakwa terdapat keperluan mana-mana premis tempat kerja yang memerlukan pengesahan bebas Covid-19 untuk pekerja yang datang dari zon merah.

Advertisement

Jelasnya lagi, majikan terpaksa menanggung kos ujian saringan pekerja mereka bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Kerajaan sebelum in melalui pengumuman Permai hanya memberikan subsidi saringan ‘Rapid Test Kit’ kepada pekerja asing sahaja.

“Bagi pekerja tempatan hanya diberikan pengecualian cukai pendapatan. Pekerja tempatan rendah yang tiada cukai pendapatan pastinya terbeban dan terpinggir dalam pakej yang diumumkan.

Advertisement

“Jelas pekerja tempatan berpendapatan rendah terpinggir dalam pakej yang diumumkan.

“Jalan keluar dari masalah ini antaranya dengan subsidi ujian saringan besar-besaran bagi mengekang risiko jangkitan Covid-19 kepada pekerja tempatan di tempat kerja.

“Keperluan sektor ekonomi untuk terus beroperasi dalam menjamin pendapatan pekerja perlu mengutamakan kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja.

Advertisement

“Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan, pekerja tempata terus terbeban dan risiko kesihatan dalam bahaya,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top