BM | EN | 中文

Pakej Kita Selangor: Menteri Besar umum lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor

Pakej-Kita-Selangor-Menteri-Besar-umum-lupus-pinjaman-762-peminjam-Yayasan-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan negeri Selangor mengumumkan melalui Pakej Kita Selangor bagi melupuskan pinjaman (write-off) kepada 762 peminjam Yayasan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu dibuat dengan mengambil kira kemampuan pembayar dan keadaan semasa pendapatan peminjam.

“Mendepani kesan akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan negeri melupuskan pinjaman (write-off) seramai 762 peminjam Yayasan Selangor.

Advertisement

“Jumlah pinjaman yang dilupuskan ini memberi implikasi kewangan berjumlah RM7.177 juta,” kata Amirudin, lapor SelangorKini.

Pakej Kita Selangor diumumkan semalam dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top