BM | EN | 中文

Pakej Kita Selangor: 55 kumpulan pertama peniaga dilatih cekap digital

Plats-e-dapur-Pakej-Kita-Selangor.png

Peniaga menyiapkan tempahan makanan yang dibuat melalui Plats dan Grab di e-dapur Bandar Utama, Damansara pada 4 Mei 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 10 APR: Seramai 55 peniaga menjadi kumpulan pertama menerima manfaat program Go Digital yang dijalankan kerajaan Selangor bagi membantu usahawan mendepani tempoh sukar wabak Covid-19.

Dalam laporan mingguan kemajuan 20 inisiatif Pakej Kita Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri berkata kelulusan bagi program pendigitalan e-Dapur Selangor dan e-Pembekal Peruncit dan Mikro itu membabitkan pembiayaan RM216,000 setakat 5 April lalu.

“Pelaksanaan skim ini bagi memberi lebih peluang kepada usahawan meningkatkan perniagaan melalui kaedah pendigitalan,” menurut laporan tersebut, lapor SelangorKini.

Advertisement

Inisiatif Go Digital diwujudkan bagi memudahkan peniaga membeli alat telekomunikasi selaras hasrat Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai usahawan digital.

Kerajaan Selangor menyasarkan 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman yang berniaga dalam talian dibantu melalui program e-dapur yang dijayakan Yayasan Hijrah Selangor dengan dana RM10 juta.

Inisiatif e-Pembekal Peruncit dan Mikro yang diperuntuk RM5 juta pula membantu 1,000 peruncit kecil dan mikro mendapat bekalan pada harga lebih murah, mudah dan cepat melalui platform digital.

Advertisement

Selain itu, seramai 486 usahawan wanita menerima bantuan skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) membabitkan pembiayaan RM1.9 juta.

Setakat ini, tujuh inisiatif Pakej Kita Selangor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya diselesaikan.

Sejumlah RM73.87 juta kesan kewangan untuk kesemua inisiatif yang akan memanfaatkan kumpulan sasaran terkesan akibat pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top