BM | EN | 中文

Pakej bantuan depani wabak bukti Selangor tak pinggir industri pelancongan

Pakej-depani-wabak-bukti-Selangor-tidak-pinggir-industri-pelancongan.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 12 JUN: Bantuan kepada penggiat pelancongan membuktikan Kerajaan Selangor memandang serius kekangan dihadapi pemain industri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Selangor berkata peruntukan RM2.55 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 tepat pada masanya dan diyakini mampu menghidupkan kembali sektor pelancongan negeri.

“Ketika ini industri pelancongan khususnya perhotelan terlalu nazak dan kritikal sehingga kami terpaksa menanggung kerugian lebih 60 peratus. Justeru, inisiatif seperti ini amat dinanti-nantikan kerana dapat membantu kami walaupun dalam tempoh singkat.

Advertisement

“Pada masa sama sebagai bukti Kerajaan Selangor tidak meminggirkan sektor pelancongan yang sememangnya menjadi penyumbang tertinggi ekonomi negara,” kata Mohd Nazri Ahmad, lapor SelangorKini.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Selangor menghargai komitmen Kerajaan Negeri untuk memulihkan semula industri itu yang terkesan akibat PKP.

“Jika dilihat situasi semasa, kami ibarat sedang ‘menyelam dalam air dan sesak nafas’. Perniagaan tidak dapat diteruskan sehingga sukar untuk kekalkan kakitangan sedia ada disebabkan tiada pendapatan.

Advertisement

“Semestinya ia khabar yang agak baik kerana peruntukan itu tertumpu kepada aspek merancakkan aktiviti dan promosi pelancongan dengan pemberian baucar serta program latihan dalam talian,” kata Gopalan Mariappan.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM2.55 juta bagi kelangsungan industri pelancongan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan PKP.

Inisiatif yang akan dilaksana meliputi:

Advertisement

1. Pemberian bantuan geran berjumlah RM1 juta
– Amaun boleh dituntut berdasarkan satu penyertaan 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan sebenar atau mengikut kelayakan maksimum yang mana lebih rendah

2. Baucar pelancongan Selangor 2.0
– 20,000 unit baucar (RM50 setiap seunit baucar) diberi dengan peruntukan RM1 juta
– Agihan baucar melalui kaedah e-dompet dan e-baucar

3. Program latihan pembelajaran pendigitalan pelancongan Selangor
– Hampir RM300,000 diperuntuk untuk menganjurkan program latihan pendigitalan dan perniagaan dalam talian
– Tourism Selangor akan bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec)

Advertisement

4. Bantuan kewangan tunai kepada 16 persatuan pelancongan Selangor
– Setiap persatuan akan menerima RM15,000 bagi melaksana aktiviti atau program pelancongan

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top