BM | EN | 中文

Pakatan Harapan Selangor kerah jentera pastikan kemenangan PRN Melaka

HARAPAN-Selangor-kerah-jentera-pastikan-kemenangan-PRN-Melaka.jpg

Amirudin Shari memberi amanat ketika mengunjungi Bilik Gerakan DUN Rembia di Alor Gajah, Melaka pada 12 November 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

ALOR GAJAH, 13 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor melaungkan tekad memastikan kemenangan gabungan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang dijadual pada 20 November ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jentera parti akan dikerahkan ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi calon HARAPAN bagi menggalakkan rakyat keluar mengundi.

Katanya, sukarelawan Team Selangor juga akan menjadi sebahagian daripada pasukan sokongan untuk mendekati pengundi.

Advertisement

“Kita akan bantu sehabis baik menggunakan segala (cara) yang ada termasuk dari aspek pacaba (ejen mengundi) dan pengangkutan kerana ini sangat penting sekarang.

“Kita juga mesti siap sedia… kenal pasti orang dan telefon (untuk keluar mengundi). Kita percaya ini benteng terakhir untuk memenangi pilihan raya,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan taklimat jentera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Bilik Gerakan DUN Rembia semalam yang turut disertai calonnya Zamri Pakiri.

Advertisement

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Zamri kerana dicalonkan bagi kerusi berkenaan dan akan ditentang empat calon lain.

Beliau optimis calon berusia 46 tahun itu mendapat mandat rakyat sekali gus mempertahankan kerusi DUN tersebut.

“Kemenangan (DUN) Rembia ini bukan lagi senarai harapan tetapi kemestian. Dalam senarai ada enam kawasan termasuk Rembia yang menjadi pilihan,” katanya.

Advertisement

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan HARAPAN menampilkan 11 calon dari KEADILAN, lapan calon DAP dan Amanah (sembilan).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top