BM | EN | 中文

Pakatan Harapan Johor anjur konvensyen April ini

IMG-20200207-WA0037.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 FEB: Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengadakan konvensyen peringkat negeri pada April ini, menurut Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai pengerusi dan Setiausaha PH Johor manakala Datuk Osman Sapian sebagai timbalan pengerusi bagi menjayakan konvensyen tersebut.

“Ini untuk memberi peluang kepada pimpinan PH di Johor termasuk di peringkat parlimen atau bahagian untuk memberi pandangan berhubung perkara penting, isu semasa, baik berkenaan dasar ataupun pelaksanaan berkaitan kerajaan.

Advertisement

“Saya kira memang wajar kita adakan konvensyen ini selepas hampir dua tahun PH tertubuh,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh.

Tambah Muhyiddin, banyak usaha yang dilakukan dan kejayaan oleh kerajaan PH di peringkat negeri dan pusat, namun rakyat kurang mengetahuinya.

“Mungkin kerana sebaran tidak meluas. Jadi konvensyen ini akan memberikan ‘highlight’ kepada inisiatif yang telah kita laksanakan selama ini dan juga hala tuju PH untuk masa depan,” ujarnya.

Advertisement

Muhyiddin turut memberitahu, program selama dua hari akan dimulai dengan konvensyen dan perbahasan peringkat sayap Wanita dan Pemuda parti komponen.

“Wakil-wakil parti akan bahas baik berkenaan soal politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kalau akan dipamerkan kejayaan PH di Johor pun boleh dibuat.

“Kita akan serah kepada pengerusi dan jawatankuasa untuk menimbangkannya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top