BM | EN | 中文

Pakatan Harapan Johor akan teliti sebarang usul Adun Bersatu di sidang DUN

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

KLUANG, 5 DIS: Pakatan Harapan (PH) Johor akan meneliti sebarang usul yang dikemukakan Adun dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Majlis Pengerusi PH Johor dalam satu kenyataan selepas mesyuarat di Kluang berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media hari ini yang memetik Adun Kempas, Datuk Osman Sapian bahawa Menteri Besar Johor boleh menerima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Osman dilaporkan sebagai berkata, 12 Adun Bersatu di negeri Johor boleh ‘membalas dendam’ melalui usul undi percaya.

Advertisement

Osman berkata dia terkejut apabila Faizal digulingkan kerana Umno dan Bersatu telah menjadi anggota gabungan yang sama yang membentuk kerajaan persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

“Esok adalah hari terakhir sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh Adun Bersatu akan disaksikan pada esok hari.

“PH Johor memiliki 27 Adun. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

Advertisement

“Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh Adun Bersatu esok akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Aminolhuda Hassan, Pengerusi Amanah Johor, Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) dan Senator Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor).

Semalam, Menteri Besar Perak, Mohd Faizal Azumum gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undi percaya yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim dari Umno.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top