BM | EN | 中文

Pagar besi perlu dipasang dekat jejantas Batu 3, Jalan Segamat – Muar

tcc.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 30 SEPT: Adun Jementah, Tan Chen Choon memohon JKR Segamat memasang pagar besi dekat Taman Bunga Raya disini, bagi mengelakkan orang ramai membahayakan nyawa dengan melintas jalan tanpa mamatuhi peraturan jalan raya.

Katanya, telah wujud jejantas di persimpangan itu, namun orang ramai terutamanya pelajar sekolah sering mengambil jalan pintas dengan melintasi Jalan Muar ke Taman Bunga Raya di lokasi tersebut.

“Saya telah menerima aduan daripada penduduk Taman Bunga Raya, Gemereh bahawa tiada kerja-kerja pemasangan pagar besi baharu dilakukan pihak berkenaan.

Advertisement

“Ia bagi menggantikan tiga kerat pagar besi yang telah rosak dan diangkut di lokasi pembahagi jalan, Batu 3 Jalan Muar, berdekatan lampu isyarat Taman Bunga Raya.

“Keadaan ini menyebabkan murid-murid sering mengambil jalan pintas untuk melintasi Jalan Muar ke Taman Bunga Raya melalui lokasi tersebut.

“Perbuatan ini telah mendatangkan bahaya kepada mereka kerana kemalangan jalanraya boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tamnah beliau, Jalan Muar telah ditinggi dan dilebarkan daripada dua lorong kepada empat lorong dalam Projek Kerja Penaiktarafan Jalan Segamat-Muar pada tahun 2015.

Satu jejantas juga telah dibina berhampiran sekolah disitu bagi memudahkan penduduk setempat dan murid-murid menyeberangi Jalan Muar kerana aliran kenderaan di jalan tersebut sangat sibuk dan berkelajuan tinggi.

“Demi keselamatan, murid-murid sepatutnya menggunakan jejantas berhampiran yang disediakan dan bukan mengambil kesempatan dengan mengambil jalan pintas melintasi Jalan Muar ke Taman Bunga Raya.

Advertisement

“Saya telah memohon keprihatinan dan jasa baik Jurutera JKR Daerah Segamat untuk menjalankan siasatan terhadap aduan ini dan mempertimbangkan tindakan susulan yang sewajarnya untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Saya juga menyeru sama ada penduduk setempat atau murid-murid agar menggunakan jejantas yang disediakan.

“Malang tidak berbau, jangan kita kesal nanti selepas berlaku kemalangan. Hargailah nyawa diri sendiri demi orang yang tercinta,” kata Tan lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top