BM | EN | 中文

PADANG BOLA SG KARANG BERI MANFAAT EMPAT KAMPUNG

padang-sg-karang.jpg
Advertisement

PONTIAN, 4 NOV: Melalui penyiapan padang Kampung Sungai Karang, Kukup Pontian, Johor penduduk di empat kampung berdekatan kini boleh merancang untuk mengadakan aktiviti sukan, pembangunan belia dan kegiatan masyarakat.

Seorang penduduk kampung, Mahathir Mohamad Yasin, 42, yang menetap di Kampung Belokok berkata, kewujudan padang bola sepak itu boleh menampung keperluan empat kampung berdekatan untuk mengadakan pelbagai aktiviti.

“Ini bermanfaat kepada anak muda. Selain anak muda ini bermain, di belakangnya ada surau. Selain menjaga padang kita juga menggalakkan anak muda menjaga surau di belakangnya.

Advertisement

“Bukan setakat permainan bola sepak tetapi ia mampu menampung pelbagai sukan seperti sukan rakyat atau pun sukaneka di antara kampung di sini.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau (Dr. Farid Rafik) di atas usaha beliau membangunkan tempat ini dan kami akan memastikan legasinya terus berjalan yakni dengan membantu orang kampung,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Belia Ikatan DUN Kukup, Ismail Zailani, 39 berkata, belia disini berasa terhutang budi dengan usaha bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr Md Farid Rafik yang meluluskan projek bagi pembangunan infrastruktur dan kelengkapan belia.

Advertisement

“Sebelum ini, di kawasan ini tidak ada sebarang padang untuk anak muda berekreasi dan terkadang terpaksa meminjam padang sekolah berdekatan untuk mengadakan sebarang aktiviti sukan,” katanya.

Tambah Ismail, belia di kampung berkenaan turut menganggap Dr Md Farid sebagai seorang abang yang banyak merangka serta menumpukan pembangunan belia.

“Saya banyak membincangkan berkenaan pembangunan anak muda dan dia mendengar dengan baik serta mengambil berat lalu melunaskan permintaan yang kami suarakan.

Advertisement

“Antara buktinya, projek membangunkan padang bola sepak di kawasan ini,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kawasan 1 Mukim Sungai Karang, Osanera Ali, 52, berkata padang ini banyak memberi kemudahan kepada rakyat setempat.

“Di kawasan Tanjung Piai ini tidak banyak padang sebegini yang dibina dan kebanyakan bukan padang awam.

Advertisement

“Adanya padang ini kita berjaya menubuhkan akademi bola sepak bawah 8 hingga 12 tahun dan bawah 16 tahun untuk mengajak anak muda untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat.

“Agak rugilah bagi orang kampung sekiranya pembangunan padang di sini ditolak dan usaha yang baik ini perlu disambut mereka,” katanya.

Padang Bola Sepak Kampung Sungai Karang merupakan salah satu daripada 17 projek yang diusahakan Dr. Farid Rafik sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top