BM | EN | 中文

Padah langgar syarat sah lesen, bot nelayan ditahan maritim

nelayan-2-01-scaled.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 20 JAN : Padah melanggar syarat sah lesen, sebuah bot nelayan tempatan telah ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS), petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia ketika sedang menunda pukat di kedudukan 7.8 batu nautika Timur Laut Tanjung Siang, di sini, kira-kira jam 1 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati bot nelayan tersebut dikendalikan oleh lima lelaki termasuk tekong berumur lingkungan 47 hingga 48 tahun di mana empat daripadanya warga Indonesia tiada permit Ketua Pengarah Perikanan.

Advertisement

“Kesemua mereka bersama bot kemudiannya dibawa ke Jeti ZMTS untuk disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya.

“Bagi kesalahan menggaji pekerja asing pula akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 boleh didenda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara 12 bulan atau keduanya bagi setiap pekerja yang diambil,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tindakan pengusaha bot yang tidak memenuhi syarat sah lesen ini akan merosakkan ekosistem laut sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan lain khususnya nelayan pantai.

Advertisement

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta akan mengambil tindakan yang sewajarnya,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top