BM | EN | 中文

PAC perlu dibenar bersidang, pantau perbelanjaan kerajaan semasa darurat

wong-kah-woh-PAC-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 APR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu dibenarkan bersidang untuk memantau pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan semasa tempoh darurat.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata, Menteri Undang-Undang dan Parlimen Takiyuddin Hassan, telah tersilap apabila menyatakan PAC sebagai entiti yang mampu memantau pentadbiran kerajaan ketika sepanjang darurat.

“Takiyuddin Hassan telah tersilap, atau beliau tidak mengambil tahu kesan pengistiharan darurat terhadap PAC dan juga Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) yang lain.

Advertisement

“PAC dan PSC telah diarahkan dan dimaklumkan oleh Speaker Dewan supaya tidak ada prosiding atau mesyuarat boleh dijalankan dalam tempoh persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara digantung.

“Ini sekaligus telah mengakibatkan prosiding-prosiding dan mesyuarat-mesyuarat PAC terpaksa dihentikan,” kata Wong dalam satu kenyataan.

Tambah Wong, PAC dan PSC Kesihatan, Sains dan Innovasi yang dipengerusikan ahli parlimen Kuching, Kelvin Yii pada 18 Mac menyeru secara terbuka supaya mesyuarat PAC dan PSC dikembalikan.

Advertisement

“Namun, seruan tersebut telah diabaikan oleh kerajaan dan speaker dewan,” katanya.

Wong turut membangitkan persoalan sama ada Takiyuddin benar-benar tidak tahu perkara ini atau cuba untuk mengelirukan rakyat.

Kata Wong, PAC tidak akan membenarkan namanya digunakan Takiyuddin semata-mata untuk memaparkan persepsi Kerajaan “tidak menyembunyikan apa-apa”.

Advertisement

Ujar Wong, kenyataan Takiyuddin mengiktiraf keperluan dan kepentingan sistem pemantauan pentadbiran segala urusan kerajaan.

“Namun, bagaimana kerja-kerja pemantauan dapat dijalankan apabila PAC dan PSC telah dilumpuhkan (paralysed) dalam keadaan yang sedia ada?

“Bertentangan dengan Takiyuddin, pada hakikatnya kerajaan bersikap lebih selesa apabila perbelanjaannya dapat dijalankan tanpa sebarang pemantauan,” katanya lagi.

Advertisement

Dua perkara membimbangkan menurut Wong yang berlaku semenjak darurat, iaitu pengeluaran Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan pindaan terhadap Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top