BM | EN | 中文

PABIM sokong keputusan Sukma Johor dianjur pada 2022

angkat-berat.png

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menyokong penuh keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) untuk menganjurkan Sukma Johor pada tahun 2022.

Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata keputusan itu adalah tepat berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negara ini yang membimbangkan dan ketidaktentuan mengenai status penganjuran temasya sukan itu jika dianjurkan pada tahun depan.

“Keputusan ini sekali gus memberikan negeri itu ruang untuk melakukan persediaan, menyusun atlet dan merancang latihan terutamanya pada 2021 sebelum penganjuran Sukma Johor.

Advertisement

“Terdapat juga atlet yang sedang fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mana mereka tidak dapat turun latihan pada waktu ini.

“Kalendar akademik dan peperiksaan juga sering bertukar disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah negeri menyukarkan para atlet yang sedang belajar untuk merangka jadual latihan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pembatalan Sukma dan Para Sukma 2020 di Johor akibat ketidaktentuan yang disebabkan penularan wabak COVID-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Johor tetap diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia daripada segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Ayub bagaimanapun turut menyuarakan beberapa kebimbangan yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai perubahan dan ketetapan berkaitan had umur, kelayakan penyertaan dan syarat pertandingan yang perlu dimaklumkan kepada Majlis Sukan Negeri dengan kadar segera.

“Prosedur operasi standard (SOP) dan persiapan atlet negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam dan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham juga perlu dijelaskan, termasuk pendirian KBS terhadap penganjuran Sukan SEA 2021 dan sukan di peringkat antarabangsa pada tahun 2021.

Advertisement

“Begitu juga dengan penganjuran kejohanan kebangsaan untuk mencari bakat baru perlu disegerakan atau diadakankan dalam skala sangat minima agar kita tidak kehilangan terus bakat-bakat baru dalam keadaan pandemik ini,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top