BM | EN | 中文

Osman Sapian hadir ke program Pejuang Johor

Osman-Sapian-Pejuang-2.jpg

JOHOR BAHRU, 7 SEPT: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian hadir dalam acara Pejuang malam tadi.

Kehadirannya dipastikan melalui gambar dan video yang dimuatnaik setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya dalam facebooknya.

Difahamkan program itu adalah majlis bagi meraikan jentera Pejuang Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar yang dikepilkan kepada Abu Bakar Yahya memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama penyokong Pejuang.

Malah Osman dalam video dilihat melaungkan kata-kata “Hidup Pejuang!”.

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Tindakan itu dilakukan Osman hanya selepas tiga hari selepas Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Megat Najmuddin Megat Khas menyatakan beliau masih menjadi ahli parti itu.

Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),

Sekiranya Osman mengalihkan sokongan kepada pembangkang, DUN Johor boleh tergantung, kepada 28 – 28.

PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top