BM | EN | 中文

Osman Sapian dikekalkan keahlian Bersatu

datuk-osman-sapian.jpg

KUALA LUMPUR, 4 OGOS:: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perkembangan terkini, memutuskan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kekal sebagai ahli parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata pihaknya akan memanggil bekas Menteri Besar Johor itu.

BH Online melaporkan, ia bagi menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

Penjelasan itu dibuat selepas laporan media awal hari ini, memetik Megat Najmuddin sebagai berkata, keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan.

“Kita tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa kerana ia akan menyebabkan DUN Johor tergantung dan akhirnya rakyat yang terkesan. Kita kena memberi keutamaan kepada rakyat.

“Buat masa ini, kita akan memanggil Osman supaya menghadap lembaga disiplin parti dalam tempoh terdekat. Kita akan mengeluarkan surat kepada beliau dan memberinya tempoh seminggu,” katanya.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top