BM | EN | 中文

Ordinan Darurat: Umno juga terbabit derhaka terhadap Raja Melayu

umno-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUL: Selepas kekalutan berkenaan titah Yang DiPertuan Agong (YDPA) berhubung perkenan Baginda dalam isu Ordinan Darurat, kerajaan kini menjadi terumbang-ambing.

Justeru itu, Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, ia mengheret dakwaan bahawa kerajaan dianggotai parti Umno turut mendapat tempias tuduhan derhaka terhadap YDPA.

Katanya, Umno tidak boleh terlepas dari pembabitan penderhakaan itu kerana mereka juga sebahagian dari kerajaan dan kabinet yang menyokong dari awal berkenaan pembatalan Ordinan Darurat yang menjadi isu semalam.

Advertisement

“Dalam isu ini Umno juga terbabit dan kini mereka cuba untuk menyelamatkan diri mereka seperti mereka tidak terbabit dengan apa yang berlaku.

“Ini salah, kerana mereka adalah sebahagian dari apa yang terjadi. Kemurkaan Agong adalah dengan kerajaan yang secara langsung membabitkan Umno.

“Umno hanya berlakon sahaja kononnya mereka tidak ada kena mengena dengan kerajaan hari ini sedangkan mereka adalah sebahagian dari kerajaan tersebut,” katanya.

Advertisement

Ketika ditanya mengenai khabar angin menyatakan bahawa kerajaan akan jatuh, Zuhan tidak menafikan perkara itu boleh berlaku.

“Ia boleh berlaku. Bagaimana sebuah kerajaan itu boleh stabil sekiranya Raja-raja Melayu tidak bersama atau memperkenan kerajaan yang ada hari ini.

“Kebersamaan mestilah bersama dengan YDPA kerana ia adalah perlambangan negara. Jika ia mendapat murka YDPA maka ia bukanlah suatu perkara yang baik bagi sebuah kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top