BM | EN | 中文

ORANG TEMPATAN, KARMAINE TEPATI CIRI-CIRI CALON PH

harapan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 31 OKT : Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, dipilih menjadi calon Pakatan Harapan (PH) kerana menepati serta mempunyai kriteria yang ditetapkan, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, selain merupakan orang tempatan, Karmaine juga memiliki latar belakang pendidikan yang baik serta mempunyai kelayakan.

“Kriteria-kriteria yang dipunyai (Karmaine) memang sesuai untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.

Advertisement

“Tanjung Piai memerlukan pembangunan dari segi harmoni, sosial pendidikan dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Majlis Pengumuman Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, di sini.

Muhyiddin berkata, pimpinan PH telah meneliti perkara yang seharusnya sebelum berpendapat bahawa calon adalah yang paling sesuai untuk ditetapkan bertanding pada 16 November ini.

Tambahnya lagi, tanggungjawab mereka yang terpilih adalah berat kerana disamping menguruskan kerja-kerja yang harus dilaksanakan, layanan adil kepada rakyat adalah penting.

Advertisement

“Saya yakin jika beliau yang terpilih, tugasan akan menjadi mudah kerana beliau merupakan wakil rakyat untuk kerajaan.

“Banyak kelebihan dan faedah yang boleh didapati dalam menangani masalah yang dihadapi penduduk,” katanya lagi.

Terdahulu di ucapan perasmian, Muhyiddin turut mencadangkan supaya Karmaine menumpukan lima perkara utama di kawasan Parlimen tersebut.

Advertisement

Beliau berkata, ini termasuklah menangani isu ekonomi, iaitu mencari jalan untuk tangani kos sara hidup yang meningkat selain tingkatkan keselesaan hidup masyarakat seperti tangani isu pencemaran sungai dan sebagainya.

“Fokus juga perlu pada pembinaan Rumah Mampu Milik dan program-program beri rawatan kesihatan bagi manfaat masyarakat setempat,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, tumpuan untuk peluang-peluang pekerjaan di kawasan Parlimen Tanjung Piai juga harus diberi perhatian.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top