BM | EN | 中文

Orang ramai diseru derma barangan keperluan harian, sanitasi untuk warga UTM – Adun Skudai

tan-hong-pin-adun-skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Adun Skudai, Tan Hong Pin mengalu-alukan sebarang sumbangan keperluan keperluan harian dan perlatan sanitasi untuk diserahkan kepada warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan menjalani kuarantin dari 21 Mei hingga 3 Jun.

Kata Hong Pin, dalam pertemuan atas talian dengan wakil UTM pada 17 Mei, pihaknya dimaklumkan kira-kira seribu pelajar dan staf UTM kini berada di bawah kuarantin dalam kawasan kampus.

“Pihak pengurusan UTM memohon sedikit bantuan dari segi bekalan barangan sanitasi seperti pelitup muka dan juga barangan keperluan harian termasuk sabun, shampoo dan tuala wanita.

Advertisement

“Kami telah memenuhi sebahagian permintaan tersebut pada 18 Mei dan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak UTM untuk meringankan bebanan mahasiswa-mahasiswi dan staf-staf yang terkesan,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mencadangkan usaha pengumpulan Kit Ujian RTK-Antigen bagi meningkatkan ujian saringan dalam kawasan PKPD UTM Skudai.

Katanya, langkah ini perlu dibuat memandangkan peratusan keputusan positif yang tinggi iaitu 14 peratus atau 49 ujian daripada 346 ujian saringan yang telah dijalankan.

Advertisement

“Usaha ini perlu kerana saya yakin kita tidak boleh melengah-lengahkan lagi langkah perluasan ujian saringan (mass testing).

“Sebagai ADun Skudai dan alumni UTM, saya amat mengambil berat situasi berkenaan dan berhubung dengan pihak Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi memastikan kebajikan dan rawatan kesihatan mereka yang dikuarantin berjalan lancar.

“Kita sebagai komuniti terhampir dengan UTM Skudai semestinya gusar akan situasi semasa.

Advertisement

“Oleh itu, saya mohon perhatian dan kerjasama kita bersama untuk kekal patuhi SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Beliau memaklumkan sebarang sumbangan boleh disalur dan dikumpulkan melalui Pusat Komuniti Skudai atau menghubungi talian WhatsApp 010-531 3758.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top